NasionalParlimen

Bajet 2023: Kerajaan peruntukan RM372.3 bilion demi Keluarga Malaysia

KERAJAAN memperuntukkan RM372.3 bilion untuk Bajet 2023 yang mana turut ditingkatkan ialah peruntukan bantuan dan subsidi sebanyak RM77.7 bilion berbanding RM31 bilion.

Pengumuman itu dibuat oleh Menteri Kewanngan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz di Parlimen hari ini.

Beliau berkata, ekoran tekanan inflasi global dan peningkatan harga komoditi, Kerajaan perlu mengambil langkah responsif dengan mengawal harga barang serta menambah baik subsidi barangan pengguna.

“Kerajaan kekal bertanggungjawab menguruskan kewangan negara supaya perbelanjaan tambahan dipadankan dengan hasil tambahan atau penjimatan perbelanjaan lain,” katanya.

Tengku Zafrul berkata, dengan itu, Kerajaan dapat mengawal dan mengurangkan paras defisit kepada 5.8 peratusdaripada KDNK untuk tahun 2022.

Katanya lagi, walaupun Bajet 2023 ditingkatkan perbelanjaannya sehingga RM 372 bilion iaitu bajet terbesar dengan dasar fiskal yang mengembang, sebagai Kerajaan bertanggungjawab, ia akan diimbangi dengan komitmen untuk melaksanakan konsolidasi fiskal bagi memastikan kemampanan kewangan negara.

“Dengan jangkaan kutipan hasil RM272.6 bilion, defisit fiscal 2023 diunjur berkurang kepada 5.5 peratus KDNK berbanding 5.8 peratus pada 2022,” jelas beliau.

Berteraskan Rangka Kerja Fiskal Jangka Sederhana, Tengku Zafrul berkata, paras defisit bagi 2023 hingga 2025 dijangka terus berkurang kepada purata 4.4 peratus berbanding KDNK.

“Kerajaan akan terus mempergiatkan usaha menambah baik kedudukan kewangan dalam tempoh jangka sederhana bagi mencapai sasaran defisit 3.5 peratus daripada KDNK seperti yang disasarkan dalam RMK-12,” katanya. – SM

(Visited 134 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button