Politik

Bajet 2023 akan dibentang sekali lagi sebelum akhir tahun

BAJET 2023 akan dibentangkan semula di Dewan Rakyat sebelum akhir tahun ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob seperti mana dilaporkan BERNAMA hari ini.

Menteri Kewangan Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz membentangkan belanjawan tahunan persekutuan pada Jumaat, 7 Oktober lalu mengumumkan peruntukan RM372.3 bilion.

Jumlah ini mewakili peningkatan sebanyak RM40.2 bilion berbanding RM332.1 bilion yang diperuntukkan bagi tahun 2022.

Kira-kira RM272.3 bilion diperuntukkan untuk perbelanjaan operasi dan RM95 bilion untuk pembangunan.

Ismail Sabri kemudian mengumumkan pembubaran Parlimen pada 10 Okt, membuka laluan bagi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) diadakan.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dijangka mengumumkan tarikh pengundian Khamis ini. – SM

(Visited 191 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button