Nasional

Bajet 2022: Peruntukan RM40 bilion Program Semarak Niaga Keluarga Malaysia

BAJET 2021 menyaksikan kerajaan menyediakan pakej pembiayaan dengan nilai keseluruhan berjumlah RM40 bilion di bawah Program Semarak Niaga Keluarga Malaysia atau SemarakNiaga.

Menurut Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, skim pembiayaan tersebut merangkumi
pinjaman langsung, jaminan pembiayaan dan suntikan ekuiti dengan sasaran untuk memanfaatkan setiap golongan usahawan tidak kira perusahaan mikro ataupun syarikat tersenarai awam.

Peruntukan tersebut bagi mengembali keupayaan perniagaan perusahan kecil dan sederhana yang terjejas akibat Covid-19.

“Dilaporkan bahawa lebih 37 ribu perniagaan PKS telah ditutup semenjak krisis ini bermula. Dalam meminimum kesan ini, Kerajaan telah umumkan pelbagai inisiatif melalui pakej-pakej bantuan dan rangsangan bagi memastikan kelangsungan perniagaan.

“Dengan kebanyakan sektor ekonomi kini kembali beroperasi, permintaan domestik dijangka memulih. Namun, masih terdapat sebilangan segmen ekonomi yang terjejas teruk, memerlukan sokongan untuk bangkit semula dan membina daya tahan.


“Maka, fokus kedua iaitu Perniagaan Yang Berdaya Tahan akan menumpukan kepada strategi untuk mengembalikan keupayaan perniagaan melalui akses kepada pembiayaan, memacu pelaburan strategik dan memulih sektor-sektor tumpuan,” katanya ketika membentangkan Bajet 2022.

Katanya, pembiayaan kredit mikro bernilai hampir RM1.8 bilion ringgit akan disediakan melalui pelbagai agensi seperti TEKUN, Agrobank, BSN, Bank Rakyat dan Bank Negara Malaysia.

Skim Pembiayaan Informal dan Mikro di bawah TEKUN akan menawarkan pinjaman sehingga RM10 ribu pada kadar faedah 0 peratus berserta moratorium selama 12 bulan dengan keutamaan diberi kepada peniaga sektor informal dan mikro.

Selain itu, BSN dan Agrobank juga akan menawarkan pinjaman mikro sehingga RM75 ribu pada kadar 0 peratus untuk enam bulan pertama berserta kemudahan moratorium sehingga enam bulan.

Kerajaan akan meneruskan Program Transformasi Ekonomi Gerakan Koperasi (TRANSFER) dengan peruntukan sebanyak RM10 juta bagi memulihkan aktiviti koperasi yang terjejas.

Di samping itu, dana sebanyak RM30 juta akan disediakan untuk Program Pembiayaan Intervensi Pemulihan Ekonomi Koperasi.

Bagi membantu syarikat yang berdepan masalah gearing atau leveraj, kaedah pendanaan bernilai RM2.1 bilion melalui pelaburan ekuiti dan quasi-equity akan diperkenalkan.

Sementara itu, Kerajaan turut mencadangkan beberapa inisiatif bagi mengurangkan beban Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhatan iaitu penangguhan bayaran ansuran cukai pendapatan bagi PMKS selama enam bulan sehingga 30 Jun 2022; Semua perniagaan dibenar membuat pindaan anggaran cukai pendapatan yang kena dibayar dalam bulan ke 11 sebelum 31 Oktober 2022.

Potongan cukai khas sehingga Jun 2022 kepada pemilik bangunan atau ruang perniagaan yang memberikan
pengurangan sewa sekurang-kurangnya 30 peratus; dan Kerugian terkumpul yang tidak dapat diserap boleh dibawa ke hadapan untuk tempoh daripada maksimum 7 tahun taksiran berturut-turut kepada maksimum 10 tahun taksiran berturut-turut.-SM

(Visited 84 times, 1 visits today)

Show More

KHAIRULANUAR YAHAYA

Khairulanuar mempunyai pengalaman sebagai wartawan di Karangkraf, Bernama TV dan terakhir di Utusan Malaysia. Pernah membuat liputan kemanusiaan di Gaza, Pakistan, Jepun, Somalia, Lubnan dan Syria. 'Kehilangan' jurukamera, Noramfaizul ketika sama-sama bertugas di Somalia sesuatu yang tidak pernah beliau lupakan.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button