Ekonomi

Sebuah tamadun itu kuat jika ekonomi kukuh – Raja Muda Perlis

SEBUAH tamadun itu kuat sekiranya ekonominya kukuh, masyarakatnya tidak miskin, dan kehidupannya dalam keadaan selesa sehingga mampu membina karakter atau peradaban yang cemerlang seterusnya membina tamadun gemilang.

Hadharah pula boleh dilihat dari pelbagai perspektif di mana hasil pembangunan material yang boleh memberi kehidupan dalam bentuk yang mewah.

Kemewahan yang telah dinikmati oleh satu-satu bangsa boleh dianggap bahawa tamadun telahpun terbina yang lahir dari intelektualisme dan materialisme dan didukung utuh secara konsisten oleh sesebuah bangsa.

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan mengurniakan sumbangan zakat MAIPs kepada salah seorang asnaf sempena Kayuhan MAIPs Peduli di sekitar Kampung Sungai Paya, Beseri.

Demikian titah Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selepas berkenan berangkat singgah bagi menyantuni dan mengurniakan sumbangan agihan zakat Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) kepada tiga keluarga asnaf terpilih di sekitar Kampung Sungai Paya, Beseri sempena program Kayuhan MAIPs Peduli baru-baru ini.

Ketiga-tiga penerima kali ini ialah Saad Daud, 60, Azman Yahaya, 55 dan Abd. Rahim Man, 77.

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan mengurniakan sumbangan zakat MAIPs kepada salah seorang asnaf sempena Kayuhan MAIPs Peduli di sekitar Kampung Sungai Paya, Beseri.

Masing-masing menerima wang tunai RM700, pek bantuan makanan mentah serta beras fidyah sumbangan MAIPs daripada Tuanku Syed Faizuddin Putra selaku Yang DiPertua.

Baginda diiringi oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MAIPs. Mohd Nazim Mohd Noor.

Dalam perkembangan lain pula Raja Muda dan Raja Puan Muda Perlis,Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil beserta anakanda-anakanda iaitu Sharifah Khatreena Nuraniah, Sharifah Farah Adriana, dan Syed Sirajuddin Areeb Putra Jamalullail menitahkan ucapan selamat bergembira bersama seisi keluarga kepada semua rakyat Negeri Perlis yang menyambut Hari Krismas pada esok, 25 Disember 2023 dengan harapan semoga semangat kasih sayang, saling menghormati, bertolak ansur dan perpaduan terus segar dan sentiasa dipertambah baik sesama masyarakat di negeri ini. – SM

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan mengetuai Kayuhan MAIPs Peduli di sekitar Kampung Sungai Paya, Beseri.

Artikel berkaitan > Elak terjebak aktiviti tidak bermoral – Raja Muda Perlis

(Visited 113 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button