Politik

Bajet 2022: Parti PUTRA gariskan 12 perkara

PEMBENTANGAN Bajet 2022 petang ini oleh Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dinantikan banyak pihak termasuk parti PUTRA.

Sehubungan itu, dalam satu kenyataan, PUTRA berpendirian:

  1. Penatapan harga syiling tarif pembekalan perkhidmatan internet (ISP) kepada pengguna serta pengurangan cukai perkhidmatan kepada syarikat pembekalan perkhidmatan Internet (ISP) sebanyak 15% – 25% oleh pihak kerajaan bagi signal 4G.
  2. Pengurangan duti import barangan peranti dan gadget (telefon pintar, tablet dan lain-lain) sebanyak 30%. Ini adalah bagi membolehkan rakyat memiliki peranti serta gadget dengan lebih meluas serta mampu milik.
  3. Menambah baik dasar Teknologi Hijau Negara 2009 dengan memperkenalkan dasar khusus bagi kenderaan elektrik (EV) dari sudut menyediakan infrastruktur, undang-undang, tarif cukai dan duti impot yang munasabah, operasi prosedur standard (SOP) serta pengedaran kenderaan elektrik (EV) dengan harga mampu milik bagi merancakkan industri EV nasional agar negara tidak ketinggalan dengan perubahan skala besar dunia yang sedang beralih kepada kenderaan yang menggunakan bahan api fosil kepada tenaga boleh yang boleh diperbaharui yang terbukti lebih bersih dan mampan untuk alam sekitar.
  4. Memansuhkan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST6%) serta pengenalan semula GST pada kadar 3% dengan penetapan kategori yang perlu dicukai (barangan keperluan dan makananan asas adalah pada kadar 0% )
  5. Memperkasa serta menambahbaik kemahiran masyarakat bumiputera dari kemahiran berimpak rendah kepada kemahiran berimpak tinggi mengikut kehendak pasaran kerja. Secara tidak langsung ini akan menaik taraf kehidupan dan pendapatan masyarakat bumiputera itu sendiri dengan membekalkan kursus serta pembelajaran dan kemahiran terkini yang mampu menambah nilai serta mewujudkan kesinambungan hibrid kemahiran utama mereka.
  6. Pengstrukturan semula gaji minima nasional yang membolehkan rakyat mempunyai simpanan minima RM100 sebulan.
  7. Pelepasan cukai terhadap yuran penghantaran anak-anak berumur 6 tahun dan kebawah ke taman asuhan kanak-kanak /tadika berdaftar dinaikkan kepada RM6,000 setahun.
  8. Memperkenalkan AKTA SABOTAJ EKONOMI 2022. Ia perlu dikuatkuasakan bagi membendung serta mengurangkan gejala rasuah dan secara tidak langsung mengurangkan ketirisan perbelanjaan kerajaan.
  9. Memperkenalkan geran bantuan (BumiGigFund) bagi ekonomi gig bumiputera yang berimpak tinggi bagi membolehkan ekonomi gig bumiputera berdaya maju serta mampu berdaya tahan.
  10. Memperkukuhkan serta menaik taraf kualiti produk serta perkhidmatan bumiputera yang lebih baik mengikut kualiti dan piawaian antarabangsa bagi aktiviti ekspot boleh dilakukan dengan lebih meluas dengan memastikan produk serta perkhidmatan bumiputera kekal berdaya saing serta berdaya tahan dengan harga pasaran yang kompetitif.
  11. Membuka peluang kepada bumiputera bagi mengusahakan aktiviti pertanian diatas tanah milik kerajaan persekutuan yang terbiar dengan menawarkan harga pajakan yang munasabah. Secara tidak langsung ini dapat meningkatkan pengeluaran makanan dalam negara.
  12. Memantau serta memastikan semua projek kerajaan yang telah diluluskan sebelum ini (HSR, ECRL ) disiapkan mengikut garis masa yang telah ditetapkan tanpa penambahan bajet yang tidak munasabah. – SM
(Visited 338 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button