Nasional

Mulai esok, kadar subsidi harga padi naik kepada RM500 setan

PERDANA Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim mengumumkan untuk menambah baik Skim Subsidi Harga Padi (SSHP) dengan meningkatkan kadar subsidi sebanyak RM140 per metrik tan bermula esok.

Perdana Menteri Anwar berkata, langkah meningkatkan kadar daripada RM360 kepada RM500 per metrik tan itu adalah bagi membolehkan pesawah menerima pendapatan sekurang-kurangnya RM1,700.

Menurut beliau, peningkatan kadar subsidi itu secara langsung akan meningkatkan pendapatan pesawah serta memberi motivasi kepada pesawah untuk meningkatkan pengeluaran.

“Saya telah mengarahkan supaya langkah ini dilaksanakan segera dan berkuat kuasa pada hari esok.

“Kenaikan kadar SSHP melibatkan implikasi kewangan tambahan sekitar RM360 juta setahun dan dengan itu, jumlah peruntukan SSHP akan mencecah RM1 bilion setahun,” katanya ketika berucap pada program Sentuhan Agro Madani Peringkat Negeri Perak di Dataran Kerian Permai, hari ini. – SM

BACA Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat penstrukturan semula ekonomi negara

(Visited 139 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button