Hiburan

Baim Wong dikecam kerana biadap dengan peminta sedekah

BARU-baru ini video pelakon Indonesia, Baim Wong telah tular dan menerima kecaman daripada netizen kerana bersikap biadap terhadap peminta sedekah yang minta duit daripadanya.

Perbuatan Baim dianggap terlalu angkuh kerana tidak mahu memberikan duit kepada peminta sedekah tersebut.

Baim juga dilihat seperti memberikan teguran supaya berhenti mengemis dan mula bekerja namun perbuatan itu seolah tidak kena pada cara.

Namun, semalam  di akauan Instagramnya, Baim telah menjelaskan keadaan yang sebenar.

Menurutnya, peminta sedekah tersebut bersikap tidak sopan dan tengking kepadanya semasa meminta duit.

Walaupun Baim telah memberikan penjelasan namun masih terdapat kecaman yang menyatakan Baim hanya memberi alasan untuk menutup sikap biadapnya itu.

Tetapi terdapat juga orang yang memahami situasi yang dihadapi oleh Baim. – SM

(Visited 163 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button