Nasional

Baik Siti Kasim.. Baik Bekas Menteri.. Semua Tak Faham Isu Tentang Bon Odori!

Baik peguam kontroversi, Siti Kasim, bekas menteri mahu pun kebanyakan para netizen, ramai tak faham isu kenapa umat Islam bising tentang festival Bon Odori.

Cerita pasal perayaan agama lain termasuklah Deepavali ke, Krismas ke, Wesak ke, Bon Odori sekali ke, lantaklah mereka nak sambut di Malaysia sekali pun.

Umat Islam dalam negara ini tiada isu mengenai perkara itu namun yang orang ramai pakat dok bising kali ini adalah ketidak sensitifan pihak penganjur.

Sehari dua ini nampaknya ramai pihak tidak faham isu tampil dengan hujah masing-masing termasuklah Siti Kasim padahal yang dibincangkan adalah perkara lain.

Jelas bahawa Bon Odori adalah perayaan Buddha Jepun yang memuja roh untuk kembali ke dunia dan ia bertentangan dengan akidah umat Islam.

Tak ada maknanya mana-mana umat Islam yang kukuh akidahnya nak menggelabah tak tentu pasal mengenai perkara ini, kita bukannya berperang dengan penganut agama lain.

Yang dipersoalkan adalah kenapa pihak penganjur paparkan watak wanita bertudung dipercayai wanita Muslim kerana imej itu jelas bukan juga seorang ‘sister’ yang beragama Kristian.

Maka itulah isu besar dia.. dan titah Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Shah Al-haj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-haj agar Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) tidak menyekat penganjuran Festival Bon Odori serta menghalang mana-mana individu untuk menyertainya, bukan satu kesalahan.

Yang jadi masalah dan isunya adalah kenapa:

  1. Pihak penganjur promosi Festival Bon Odori dengan memasukkan watak wanita bertudung dipercayai beragama Islam
  2. Pihak penganjur promosi Festival Bon Odori dengan memasukkan watak wanita bertudung dipercayai beragama Islam
  3. Pihak penganjur promosi Festival Bon Odori dengan memasukkan watak wanita bertudung dipercayai beragama Islam
  4. Pihak penganjur promosi Festival Bon Odori dengan memasukkan watak wanita bertudung dipercayai beragama Islam
  5. Pihak penganjur promosi Festival Bon Odori dengan memasukkan watak wanita bertudung dipercayai beragama Islam

Sehubungan dengan itu, kita sebagai umat Islam kalau nak melenting sekali pun, lihat pada isunya. Usah jadi macam lembu yang dipalitkan lumpurnya atau monyet yang saling bersorak tanpa sebab yang jelas.

Perayaan agama lain nak diamalkan dalam Malaysia, jelas boleh dan silakan. Tiada orang nak marah soal penganut agama Kristian ke, Buddha ke, Hindu ke, nak sambut perayaan agama masing-masing silakan.

Tapi kita yang umat Islam ni, jangan ikut sangat perangai Siti Kasim, memekak tak tentu pasal hinggakan siapa yang fikirannya kelihatan jumud sekarang ini?

(Visited 662 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button