Luar Negara

PRU Singapura: PAP bertanding di semua 93 kerusi

10 Julai tarikh mengundi

SUDAH gaharu cendana pula, sudah tahu tidak perlu bertanya lagi bahawa Parti Tindakan Rakyat (PAP) akan bertanding di semua 93 kerusi pada Pilihan Raya Umum (PRU) Singapura pada 10 Julai ini.

PAP sudah semestinya mahu mengekalkan kuasanya di Singapura dan pada pilihan raya umum Julai ini nanti menyaksikan 191 calon dari 11 parti dan seorang calon Bebas bertanding.

Image may contain: 15 people, people standing and outdoor
Memetik laporan BERNAMA hari ini, kesemua 192 calon termasuk seorang calon Bebas, telah menyerahkan kertas pencalonan masing-masing di sembilan pusat penamaan calon semalam untuk bertanding di 17 Kawasan Undi Perwakilan Berkumpulan (GRC) dan 14 Kawasan Undi Anggota Tunggal (SMC).

Ini adalah pilihan raya umum kedua yang menyaksikan PAP meletakkan calon di semua kawasan pengundian. Parti Pekerja (WP) yang mempunyai enam kerusi di Parlimen sebelum ini, telah meletakkan 21 calon di enam kawasan. Parti Kemajuan Singapura (PSP) yang ditubuhkan tahun lepas, meletakkan 24 calon di sembilan kawasan.

Adik lelaki Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong, Hsien Yang yang menyertai PSP sehari selepas pembubaran Parlimen pada 23 Jun lalu, bagaimanapun tidak bertanding.

Tindakan Hsien Yang itu sekali gus menamatkan spekulasi bahawa beliau akan menjadi calon dalam pilihan raya umum Singapura kali ini.

Terdahulu, Hsien Yang dilihat berada di kawasan berhampiran pusat penamaan calon Sekolah Rendah Bendemeer untuk menunjukkan sokongan kepada calon PSP yang bertanding di GRC Tanjong Pagar.

https://www.facebook.com/AMKGRC/videos/812508092487264/

Parti lain iaitu Parti Demokratik Singapura, Parti Suara Rakyat, Parti Perpaduan Nasional, Parti Reformasi, Parti Rakyat Singapura, Parti Kuasa Rakyat, Parti Red Dot United dan Perikatan Demokratik Singapura, masing-masing telah meletakkan sebilangan kecil calon.

Calon Bebas pula menyaksikan bertanding di SMC Pioneer, satu-satunya SMC yang menyaksikan pertandingan tiga penjuru dalam pilihan raya umum ini. Pertandingan tiga penjuru lain ialah di GRC Pasir Ris-Punggol.

Hsien Loong yang juga Setiausaha Agung PAP  berkata, jentera pilihan rayanya bakal berdepan Parti Reformasi yang diterajui Setiausaha Agungnya, Kenneth Jeyaretnam di GRC Ang Mo Kio.

BACA: https://suaramerdeka.com.my/bahang-pru-singapura-sudah-terasa/

BACA: https://suaramerdeka.com.my/pru-singapura-hsien-loong-lancar-manifesto-slogan-pap/

BACA: https://suaramerdeka.com.my/lebih-baik-muhyiddin-ikut-langkah-pm-singapura-bubar-parlimen/

Bercakap kepada pemberita selepas penamaan calon di Sekolah Menengah Deyi, Hsien Loong berkata, PAP akan berjuang untuk meraih setiap undi.

“Setiap kawasan ditandingi dan ini bukan pilihan raya kecil. Ini adalah pilihan raya umum yang membabitkan isu paling penting pada saat negara dilanda krisis.

“Saya fikir semua orang perlu memahami bahawa perkara itu (krisis yang melanda negara) perlu difikirkan semasa mereka menilai undi,” kata Hsien Loong.

Sementara itu, Setiausaha Agung PSP, Dr. Tan Cheng Bock akan mengetuai jentera lima anggotanya dalam pertandingan di GRC Pantai Barat manakala Setiausaha Agung Parti Pekerja (WP), Pritam Singh akan mempertahankan kerusi bagi GRC Al Junied.

Kedua-dua GRC bakal menyaksikan pertandingan satu lawan satu dengan PAP, sama seperti di GRC baharu iaitu Sengkang.

Pada PRU yang lalu iaitu pada tahun 2015, PAP mengekalkan kuasa dengan memenangi 83 daripada keseluruhan 89 kerusi. Parti Pekerja (WP) pula memenangi baki enam kerusi. – SM

 

(Visited 175 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button