Uncategorized

Syed Saddiq mahu TV3 mohon maaf, tajuk laporan jatuhkan imej,

BEKAS Menteri Belia dan Sukan Syed Saqqid Syed Abdul Rahmah menuntut permohonan maaf daripada stesyen penyiaran TV3 berkaitan laporan berita bertajuk ‘Wang RM250,000 milik PPBM hilang dari kediaman Syed Saddiq’.

Menurut Ketua Armada Bersatu itu, laporan berita yang disiarkah hari ini itu terdapat kesalahan fakta yang serius pada tajuk berita tersebut.

Menurut Ahli Perlimen Muar itu, tajuk berita berkenaan telah mendatangkan akibat yang serius kepada
kredibiliti beliau sebagai pemimpin Armada dan parti Bersatu. Syed Saddiq mendakwa laporan berita itu juga telah menjatuhkan imej beliau dan mendatangkan fitnah oleh pihak ketiga.

“Tajuk berita itu adalah “Wang RM250,000 Milik PPBM Hilang Dari Kediaman Syed Saddiq” dan dikepilkan
sekali dengan gambar saya bersama petikan “Laporan polis telah dibuat. Saya serahkan kepada polis
untuk melakukan siasatan”.

“Saya ingin menegaskan bahawa petikan saya itu adalah benar namun saya tidak pernah menyatakan bahawa siasatan ini adalah berkenaan wang milik PPBM,” jelas Syed Saddiq.

Syed Saddiq mahu  pihak TV3 melakukan permohonan maaf secara terbuka terhadap tindakan menyiarkan tajuk berita yang salah.

Stesyen penyiaran itu juga perlu menarik semula kenyataan “Wang RM250,000 Milik PPBM Hilang Dari Kediaman Syed Saddiq” dengan kadar yang segera pada hari yang sama tajuk itu disiarkan iaitu pada hari ini.

Syed Saddiq memohon kerjasama dari pihak TV3 dan berharap perkara ini tidak dilanjutkan ke peringkat undang-undang bagi menjaga kredibiliti beliau sebagai pemimpin Armada dan Bersatu.

Ahli Parlimen Muar itu dalam satu kenyataan hari ini berkata, adalah tidak benar laporan media bahawa wang RM250,000 tersebut merupakan wang milik  PPBM. Belliau juga berkata, anggaran kecurian masih belum dapat disahkan.

[BACA ARTIKE] Wang tunai RM250,000 hilang bukan milik PPBM, jangan buat spekulasi

Dalam laporan polisnya semalam, Syed Saddiq mula menyedari kehilangan wang tunai yang disimpan dalam peti besi dirumahnya pada pukul 7 malam 28 Mac. Beliau menganggarkan jumlah wang yang hilang adalah sebanyak RM250,000.

Menurut Syed Saddiq kali terakhir beliau membuka peti besi tersebut adalah pada 13 atau 14 Mac. Jelas beliau tiada kesan sebarang umpilan pada peti besi tersebut dan keadaan dalam rumah dan biliknya adalah kemas.

Menurut beliau, kedudukan peti besi dan kod rahsia peti besi itu hanya diketahui oleh beliau dan orang-orang tertentu sahaja.-SM

-SM

(Visited 568 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button