PencemaranRencana

Bahan apa yang cemar bekalan air Lembah Kelang?

Komentar

SEKALI lagi pencemaran air sungai berlaku di Selangor hingga menjejaskan bekalan air kepada penduduk di Lembah Kelang.

Kali ini air Sungai Semenyin pula dicemari yang menyebabkan operasi Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih dan Bukit Tampoi dihentikan sejak pukul 4.30 petang semalam.

Kejadian pencemaran air ini berlaku selang sebulan sahaja selepas kejadian pencemaran bau di kawasan perindustrian di Sungai Gong, dekat Rawang, 3 September lalu.

Pelaku yang disyaki telah pun dibawa kemahkamah untuk dituduh dan masih belum pun menjalani proses perbicaraan.

Tahun ini sahaja beberapa kali air sungai yang menjadi sumber bekalan air penduduk di Lembah Kelang yang mengunakannya sebagai air minuman dan makanan tercemar.

Tahun-tahun sebelum ini juga banyak kali bekalan air di Lembah Kelang terputus kerana airnya dicemari.

Isu paling besar bukanlah berapa banyak kali penduduk di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya merana kerana tiada bekalan air.

Sebaliknya kebimbangan paling besar sepatutnya ialah bahan apa yang dibuang ke dalam sungai yang airnya gunakan oleh penduduk Lembah Kelang untuk minum dan makan.

Kes terbaharu yang melibatkan lima suspek termasuk empat beradik di Sungai Gong, dituduh ‘dengan niat bersama telah melakukan khianat dengan menyebabkan bahan buangan mengandungi bahan berbahaya dari bengkel terbabit dilupuskan ke dalam alur air yang mana akan mengalir ke Sungai Gong, Rawang’.

Penduduk Lembah Kelang berhak untuk tahu dan diberitahu apakah bahan bahaya yang mengalir masuk ke dalam sungai yang menjadi bekalan air kepada mereka.

Dalam bencana Sungai Kim Kim di Johor tahun lepas rakyat didedahkan bahan-bahan kimia yang menyebabkan pencemaran udara di Pasir Gudang.

Lapan bahan kimia dikesan mencemari sungai tersebut iaitu metana, hidrogen klorida, acrylonitrile, acrolein, ethyl benzene, aldrich toluene, xylene dan limonene.

Bahan kimia ini antara lain boleh menyebabkan hakisan mata, kulit dan salur pernafasan, sesak nafas, akibat bengkak di kerongkong dan kematian.

Justeru dalam kes pencemaran sungai di Selangor,  adakah bekalan air benar-benar selamat untuk digunakan selepas pencemaran berlaku?

Adakah bahan pencemaran ini boleh menyebabkan kesan jangka pendek dan jangka panjang terhadap kesihatan penduduk Selangor.

Ini adalah persoalan yang patut dijawab oleh pihak berkuasa. Rakyat berhak untuk tahu dan diberitahu!-SM

 

 

(Visited 279 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button