fbpx
Rencah Hidup

Bagaimana usaha dakwah tidak terkubur walaupun sudah 1400 tahun

DALAM satu majlis di India, seorang wanita tua mengumpulkan wanita-wanita lain dan memberi fikir..

Ketika itu masih Zaman penjajahan Inggeris. Katanya: “Wahai saudara-saudaraku..! Hari ini anak-anak kita sudah menyukai sekolah-sekolah orang kafir, sekolah-sekolah orang Inggeris. (sekolah umum maksudnya). Anak-anak kita sudah tidak mau lagi pergi ke Madrasah untuk belajar. Jika ini terjadi dan dibiarkan, maka nanti akan habis ulama-ulama di India ini. Jika ulama habis maka agama akan hilang dari India ini. Bagaimana pendapat kamu semua?”

Maka wanita-wanita di majlis itu memberikan usul-usul. Salah satu usul yang diberikan adalah mereka sedia menikahkan anak mereka dengan ulama agar lahir keturunan-keturunan yang mencintai agama.

Supaya anak-anak mereka yang lahir dapat dididik untuk kepentingan agama.

Seorang wanita mengajukan: “Saya punya anak gadis yang sedia saya nikahkan dengan orang Alim.” Maka hasil mesyuarat wanita ini disampaikan ke majlis lelaki di sebelahnya.


Maka para ulama di majlis sebelah hairan kerana pada zaman seperti ini, masih ada seorang wanita yang memiliki kerisauan dan fikir agama seperti itu.

Akhirnya orang lelaki di sebelah ditanya kesediaan mereka yang alim untuk berkahwin.

Semua ulama yang hadir pada waktu itu mengaku sudah menikah semuanya, kecuali seorang ulama yang duda, iaitu Maulana Ismail Rahimahullah.

Maka Maulana Ismail pun berkata: “Saya ini duda..! Jika ibu tersebut bersedia mengahwinkan anaknya kepada saya, maka saya sedia bernikah dengan anak puterinya.”

Maka disampaikanlah kesediaan Maulana Ismail tadi kepada ibu yang sedia menikahkan anaknya kepada seorang ulama.

Akhirnya bernikahlah Maulana Ismail Rahimahullah dan puteri dari ibu tadi.
Hasil dari pernikahan Maulana Ismail ini lahirlah 2 orang anak :

(1) Muhammad Yahya Al Khandalawi Rahimahullah, Ayah Maulana Zakaria Rahimahullah

(2) Muhammad Ilyas Al Khandalawi Rahimahullah, Ayah Maulana Yusuf Rahimahullah

Dari Maulana Ilyas ini lahirlah semula usaha dakwah yg telah diwariskan oleh para sahabat yg umumnya telah terkubur 1400 tahun..

Dari Maulana Yusuf lahirlah kitab Hayatus Sahabah dan tertib-tertib dakwah yg diambil daripada sirah dan hadis2 nabi..

Dari jalur keturunan Maulana Yahya lahirlah seorang Muhadith terbesar di zamannya iaitu Syeikh Maulana Zakaria Rahimahullah. Penyusun dan pengarang kitab Fadail Amal, Best Seller, kitab dakwah yang terlaris jualannya di seluruh dunia dan dibeli hingga kini.

Asbab kitab Fadail Amal ini, lahirlah banyak hafidz-hafidz Quran, yang ghairah membaca tentang kelebihan Quran dari kitab ini.

Jadi, lahirnya semula usaha dakwah di seluruh dunia, tersebarnya kitab-kitab fadhilah amal dan anak-anak dihantar menjadi hafidz-hafidz di Temboro, di Pakistan, di India, di Madinah di mana-mana juga, asbab fikirnya seorang wanita tadi.

Jadi, semua pahala ini, pahala Maulana Ilyas rah., pahala Syeikh Yusuf rah., pahala Maulana Zakaria rah., semua pahala hafidz-hafidz yang timbul dari membaca fadhilah amal, semua pahala-pahala orang dalam dakwah ini, mengalir kepada siapa?
Tentunya, kepada wanita di majlis tadi yang punya fikir Agama tersebut.

Yaa Allah jadikanlah fikir kami sebagaimana fikirnya Rasulullah saw dan jadikanlah anak-anak kami dan keturunan kami hafidz-hafidz Qur’an, ulama-ulama yang mengamalkan ilmunya, wajah-wajah yang berseri, da’i-da’i yang menyeru manusia untuk taat kepada Allah dan Rasul-Nya,, Aamiin….

Subhanallah..! Alhamdulillah.. ! Laailahaillallah..! Allahuakbar..!

Dari catatan Ustaz Uthman Daud hafizahullah

Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button