Belang Bertempat

Bagaimana PRN dapat membebaskan kluster mahkamah?

SEJAK Dewan Undangan Negeri Johor dibubarkan bagi memboleh pilihan raya negeri diadakan, dan sejak itulah UMNO berusaha motif langkah itu adalah untuk menstabilkan politik Johor.

Namun bagi pihak lawan mereka terus meratib bahawa pilihan raya negeri ini adalah untuk membebaskan kluster mahkamah.

Kluster mahkamah ialah merujuk kepada Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Najib Tun Razak dan beberapa pemimpin UMNO lain yang berdepan dengan kes mahkamah.

Najib telah didapati bersalah dan masih mengemukakan rayuan, manakala ke mahkamah yang lebih tinggi, manakala Zahid dalam proses pembelaan, selepas terdapat prima facie kes beliau.

Jadi apa kaitan dan bagaimana pilihan raya negeri Johor dan sebelum ini Melaka dapat membebaskan para pemimpin UMNO itu?

Aneh apa kaitan pilihan raya dengan kes mahkamah yang dihadapi mereka dan bagaimana berkaitan dengan kes mahkamah.

Namun apabila dilihat kepada pendedahan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa kedua-dua pemimpin utama UMNO itu telah meminta beliau masuk campur dengan urusan mahkamah bagi membebaskan mereka, ia lebih jelas dilihat.

Setelah Muhyiddin enggan berbuat demikian kedua-dua pemimpin berkenaan membuat pakatan menarik sokongan kepada Muhyiddin sehinggakan beliau terpaksa meletakkan jawatan Perdana Menteri.

Jadi kemenangan pilihan raya negeri di Johor akan digunakan oleh para pemimpin UMNO untuk mencipta momentum supaya pilihan raya umum diadakan lebih awal sebelum kes membabitkan kedua-dua pemimpin UMNO itu dimuktamadkan keputusannya oleh mahkamah.

Ini bermakna apabila UMNO kembali memerintah dengan majoriti besar, mereka akan masuk campur dengan keputusan mahkamah dan menggugurkan semua pertuduhan atau mempengaruhi keputusan mahkamah.

Ini adalah kerana para pemimpin UMNO berkenaan sehingga ke hari ini masih menganggap pertuduhan dihadapi mereka adalah satu tuduhan bermotifkan politik.

Jika itu berlaku ia adalah hari malang kepada negara ini apabila sistem perundangan dan kehakiman di negara ini hilang integritinya.

Kini terserahlah kepada para pengundi Johor sama ada mereka percaya dengan tuduhan pihak pembangkang terhadap para pemimpin UMNO itu, atau mereka benar-benar yakin ia demi kestabilan dan kemakmuran masa depan negara.

Keputusan di tangan mereka untuk menentukan masa depan negara.

 

(Visited 493 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button