Ekonomi

Bos Mydin persoal apa manfaat gaji minimum baharu?

KETUA rangkaian pasar raya besar Mydin menggesa kerajaan menjelaskan bagaimana perniagaan akan mendapat manfaat daripada kenaikan gaji minimum yang akan dikuatkuasakan mulai 1 Mei ini.

Pengarah Urusan Mydin, Ameer Ali Mydin berkata, pada dasarnya beliau bersetuju dengan kenaikan daripada RM1,200 kepada RM1,500 sebulan tetapi tiada analisis yang betul mengenai kesan yang bakal berlaku.

“Kami tahu bahawa orang ramai sedang bergelut untuk terus hidup, jika orang tidak dapat bertahan, maka perniagaan yang bergantung pada rakyat juga tidak dapat bertahan. Tetapi setakat ini, belum ada penjelasan daripada kerajaan. Jika ada, lebih mudah untuk perniagaan menerimanya,” katanya.

Beliau berkata, bil gaji Mydin akan meningkat sebanyak RM25 juta setahun dan bertanya sama ada kerajaan memahami bahawa kenaikan gaji akan membawa kepada peningkatan kos untuk perniagaan serta kenaikan harga barang.

Bagaimanapun peniaga lebih bimbang tentang kekurangan pekerja, katanya.

Beliau meminta kelulusan lebih cepat bagi permohonan membawa masuk pekerja asing.

Presiden Persekutuan Pengilang Malaysia, Soh Thian Lai berkata, terdapat beberapa peringkat yang terlibat dalam proses permohonan.

“Kami berharap ia boleh dipendekkan di mana yang mungkin, untuk membolehkan industri membawa masuk pekerja asing dengan cepat,” katanya. – SM

(Visited 715 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button