Politik

Bagaimana BN, PN, GRS yang tidak sefahaman boleh menang

KEKALAHAN parti-parti dalam Warisan Plus kepada parti-parti dalam Gabungan Rakyat Sabah dalam Pilihan Raya Negeri Sabah semalam menimbulkan persoalan kepada Ahli Parlimen PKR Wong Chen.

Ahli Parlimen Subang itu mempersoalkan bagaimana Warisan Plus boleh kalah kepada sebuah gabungan yang tidak bersefahaman dalam GRS.

Menurut Wong Chen, Warisan Plus sepatutnya mempunyai kelebihan selepas parti-parti dalam GRS bertanding sesama sendiri di beberapa kerusi Dewan Undangan Negeri.

Katanya, Warisan Plus juga perlu mengetahui jawapan mengapa mereka kehilangan undi masyarakat Kadazan.

“Di Sabah, kita mesti bertanya mengapa kita kehilangan undi Kadazan? Bagaimanakah PN / BN / GRS yang tidak bersefahaman dan pertandingan beberapa penjuru di kebanyakan kerusi dapat menghasilkan keputusan seperti itu?


“Pertarungan pelbagai penjuru secara teori semestinya memberi kita kelebihan, tetapi tidak berlaku untuk banyak kerusi. Pasukan saya akan memberikan data ini dalam beberapa hari akan datang,” kata Wong Chen.

Beliau juga berkata terdapat corak yang jelas dan berbahaya berikutan kekalahan Warisan Plus di PRK Sabah semalam.

“Nampaknya kita kehilangan Sabah. Ini adalah hari yang sangat menyedihkan.

“Kami akan menunggu keputusan rasmi dan bedah siasat yang serius perlu dilakukan. Beberapa yang terakhir oleh kekalahan pilihan raya dan sekarang kekalahan besar di seluruh negeri ini, paling membimbangkan tetapi kita dapat melihat corak yang jelas dan berbahaya muncul,” kata Wong Chen.

Dalam PRN Sabah semalam PKR bertanding di tujuh DUN dan hanya menang di dua DUN. Keseluruhan Warisan Plus menang di 32 DUN tewas kepada Gabungan Rakyat Sabah yang berjaya menguasai 38 kerusi DUN.

Lebih daripada 10 kerusi menyaksikan parti dalam GRS iaitu BN, PN dan PBS bertanding antara satu sama lain.-SM

(Visited 64 times, 1 visits today)

Show More

KHAIRULANUAR YAHAYA

Khairulanuar mempunyai pengalaman sebagai wartawan di Karangkraf, Bernama TV dan terakhir di Utusan Malaysia. Pernah membuat liputan kemanusiaan di Gaza, Pakistan, Jepun, Somalia, Lubnan dan Syria. 'Kehilangan' jurukamera, Noramfaizul ketika sama-sama bertugas di Somalia sesuatu yang tidak pernah beliau lupakan.

Related Articles

Back to top button