Nasional

Permai: Tambahan RM1 bilion perangi Covid, pemberian vaksin ikut jadual

KERAJAAN menyediakan dana tambahan sebanyak RM1 bilion ringgit bagi memerangi wabak COVID-19 di bawah Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (Permai) yang diumumkan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddn Mohd. Yassin hari ini.

Menuruntnya, sejumlah RM800 juta diperuntukkan kepada Kementerian Kesihatan dan selebihnya kepada Majlis Keselamatan Negara dan juga agensi-agensi lain yang terlibat.

“Penyediaan peruntukan ini menumpukan kepada bekalan antaranya tambahan reagen dan kit saringan, serta peralatan PPE terutama kepada petugas kesihatan,” kata Muhyiddin.

Dalam pada itu, Muhyiddin memberitahu, program vaksinasi Covid-19 kepada rakyat Malaysia adalah mengikut jadual seperti yang dirancang sebelum ini.

Negara dijadual menerima bekalan vaksin yang pertama pada penghujung bulan depan dan program pemberian vaksin kepada seluruh rakyat akan mengambil masa sehingga suku pertama tahun depan.

Garis panduan dan kaedah penentuan bagi individu yang perlu mengambil vaksin akan dihebahkan tidak lama lagi.

“Realistiknya, program vaksinasi ini dijangka berjalan secara berperingkat sehinggalah tempoh keseluruhannya selama 12 bulan.

“Ini bermakna, kumpulan pertama yang dijangka menerima vaksin adalah pada awal Mac, dan dapat meliputi lebih daripada 80 peratus atau hampir 27 juta penduduk Malaysia menjelang suku pertama tahun 2022,” kata Muhyiddin.

Menurut beliau, akan menambah lebih daripada 3,500 anggota kesihatan yang akan mula bertugas pada hujung bulan ini, dengan peruntukan tambahan sebanyak RM150 juta. Ia adalah tambahan kepada 8,000 anggota yang telah diambil tahun lalu.

Anggota tambahan terdiri daripada penolong pegawai perubatan, paramedik, juruteknologi makmal dan jururawat.

Pemberian one-off sebanyak RM500 kepada semua petugas barisan hadapan kesihatan, dan 300 ringgit kepada petugas barisan hadapan yang lain seperti yang diumumkan dalam Belanjawan 2021 akan mula dibayar dalam suku tahun pertama tahun ini.

Manakala bayaran bulanan sedia ada yang diterima sebanyak RM600 ringgit oleh petugas barisan hadapan kesihatan dan RM200 oleh petugas barisan hadapan yang lain akan tetap diteruskan sehingga wabak COVID-19 berakhir.-SM

(Visited 109 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button