Nasional

Raja Muda Perlis ingatkan rakyat patuhi peraturan jalan raya

Rakyat dinasihatkan supaya sentiasa mematuhi kod etika di jalan raya dengan memandu secara berhemah, bertimbang rasa terhadap pemandu lain, mematuhi isyarat jalan raya, had laju, memberi tumpuan kepada pemanduan, tidak dipengaruhi oleh alkohol atau najis dadah, memotong ditempat yang dibenarkan, memberi isyarat ketika membelok atau memotong serta tidak sekali-kali menggunakan telefon bimbit ketika memandu.

Demikian titah peringatan Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selepas berkenan berangkat mengetuai program ‘MAIPs Peduli Kali ke 76 bagi tahun 2020’ yang bermula dan berakhir di Dataran Terinai Lakeview, Empangan Timah Tasoh Padang Besar baru-baru ini.

Berangkat sama ialah anakanda baginda Puteri Sharifah Farah Adriana Jamalullail.

Menurut Tuanku Syed Faizuddin Putra,
kemalangan boleh ditakrifkan sebagai suatu kejadian di mana kerosakan atau kecederaan dilakukan terhadap mana-mana orang, harta, kenderaan, struktur atau binatang.

Tambah baginda lagi, menurut statistik yang dipersembahkan kepada baginda, faktor penyumbang kepada kemalangan jalan raya ialah 7% faktor jalan atau cuaca dan 2.2% faktor kenderaan manakala majoriti selebihnya yang mesti diambil serius oleh semua pengguna jalanraya adalah faktor manusia.

Sempena program tersebut juga Tuanku Raja Muda berkenan berangkat menyampaikan agihan zakat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) dan juga sumbangan ikhlas daripada pihak syarikat Sri Ananda Bahwan yang turut dihadiri sendiri oleh pemiliknya, V. Harikrishnan serta syarikat ZGC Development (Malaysia) Sdn Bhd kepada tiga buah keluarga asnaf terpilih selain singgah bagi melawat satu lagi lokasi pelancongan menarik yang popular di negeri Perlis pada ketika ini iaitu Timah Tasoh Lake Resort di Bukit Manek, Kaki Bukit.

(Visited 311 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button