Luar Negara

Badut menyeramkan berkeliaran di jalanan menjelang Halloween

SEORANG lelaki yang berpakaian seperti badut menyeramkan dilihat berjalan di jalanan pada waktu malam untuk memberi kejutan kepada jiran-jiran menjelang perayaan Halloween.

Lelaki itu dapat dilihat membongkok di sebalik semak di luar rumah sambil memakai kostum menakutkan itu serta dilengkapkan dengan satu topeng bersaiz besar.

Menurut BBC, seorang saksi dapat merakam gambar badut itu ketika dia berjalan di jalan raya Speke, Merseyside dalam kegelapan.

Kostumnya terdiri daripada sut badut berwarna hitam putih dengan ‘ruff’ leher putih dan topeng mencolok dengan hidung merah terang, rambut ungu dan gigi gergasi.

Seorang saksi mengongsikan gambar lelaki itu membongkok di belakang semak sambil memberi isyarat dengan tangannya.


Saksi itu mengatakan bahawa ini adalah disebabkan oleh perayaan Halloween yang mendekat.

“Saya telah keluar dan berada di sekitar Speke dan saya melihat badut itu keluar di sekitar Kawasan Jalan Ganworth,” katanya.

Pakaian kostum dan topeng yang menyeramkan tidak menganggu saksi tersebut dan turut mengungkapkan bahawa kostum tersebut adalah sangat hebat dan bernas. – SM

(Visited 22 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button