JenayahNasionalpilihan

Pesara guru maut dipercayai ditikam anak sendiri

SEORANG wanita warga emas maut selepas dipercayai ditikam di bahagian leher oleh anak lelakinya di kediaman mereka di Paya Luboh, hari ini.

Kejadian dikatakan berlaku kira-kira jam 3 petang dan mangsa ditemukan di dalam bilik tidur rumah mereka dalam keadaan berlumuran darah.

Difahamkan, pesara guru itu ditemui oleh anak perempuannya sebelum dia menjerit meminta tolong.

Mangsa yang baharu kematian suami kira-kira sebulan lalu disahkan maut di lokasi kejadian selepas mengalami kecederaan parah selepas ditikam menggunakan sebilah pisau berukuran 26 sentimeter.

Suspek berusia 40-an dipercayai bertindak demikian menggunakan pisau tesebut dan dia kemudian berjaya ditahan oleh orang kampung.

Ketika ini pasukan forensik polis masih di lokasi bagi menjalankan siasatan lanjut.

(Visited 176 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button