Nasional

Badlisyah kini CEO Kumpulan MARA Corp. yang baharu

DATUK Badlisyah Abdul Ghani, bekas Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan Tabung Haji (TH) dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, MARA Corporation (MARA Corp) yang baharu, berkuat kuasa semalam.

Badlisyah sebelum ini juga pernah dilantik sebagai CEO CIMB Group Islamic Banking dan CEO CIMB Islamic Bank Bhd.

Memiliki Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dari University of Leeds, United Kingdom (UK) dan Chartered Banker (CB), beliau pernah dianugerahkan oleh Asian Institute of Chartered Bankers dan Fellow Chartered Professional in Islamic Finance (F.CPIF).

Untuk rekod, Badlisyah juga adalah alumni Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Taiping, Perak.

Pengerusi MARA Corp., Datuk Dr. Syed Muhamad Syed Kadir berkata, pihak lembaga pengarah mengalu-alukan pelantikan Badlisyah.

“Kami yakin dengan pengalaman dan kepimpinan yang beliau ada dalam bidang perniagaan, kewangan dan pelaburan, dapatlah memenuhi amanat sebagai CEO kumpulan dan mencapai mandate MARA Corp.,” katanya. – SM

(Visited 275 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button