NasionalNegeriTravel

Tahun Melawat Perlis 2024-2025: Perlis alu-alukan input maklum balas

PERLIS sentiasa mengalu-alukan sebarang input maklum balas, cadangan yang membina, penambahbaikan secara berterusan dari agensi-agensi dan wakil pengusaha pelancongan serta para pengunjung bagi merancakkan lagi sektor pelancongan di negeri ini sebagai persiapan menjayakan Tahun Melawat Perlis 2024-2025 (TMP 2024-2025).

Demikian menurut siaran media Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis mengenai titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selepas berkenan berangkat melancarkan ‘Promosi Makanan Perlis’ yang dijayakan di Restoran Malaysia Nur Muhammad Istanbul, Turkiye.

Berangkat sama Raja Puan Muda Perlis Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil dan anakanda Baginda berdua, Syed Sirajuddin Areeb Putra Jamalullail.

Turut mengiringi Baginda ialah Konsul Jeneral Malaysia di Istanbul, Tengku Mohd Dzaraif Raja Abdul Kadir; dan Naib Canselor Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) Datuk Prof Ts Dr Zaliman Sauli.

Menu istimewa berupa ‘Kurma Daging Perlis’ disajikan di restoran yang diuruskan oleh Nur Muhammad Turizm Gida Ve Ticaret Ltd Sti dan dimiliki sepenuhnya oleh GISB Holdings (Malaysia) tersebut di Alemdar Mh, Prof Ismail Gurkan Cd No: 6, 34110 Fatih, Istanbul.

Restoran ini mempunyai lokasi yang strategik bagi para pelancong kerana ia terletak berdekatan dengan Masjid Hagia Sophia, stesen tram Sultanahmet (350 meter) dan Stesen Keretapi Gulhane (400 meter).

Di majlis berkenaan Raja Muda berkenan menyerahkan plaka simbolik program anjuran restoran itu dengan kerjasama YTSP Perlis, UniMAP dan BMC Travel Sdn Bhd kepada Pengurus Besar Cawangan Turkiye dan Eropah syarikat GISB Holdings, Mohammad Abulfida Nasiruddin.

Tuanku Syed Faizuddin Putra menambah bahawa ‘Pelan Induk Perancangan Fizikal Pelancongan Negeri Perlis mengklusterkan 5 sektor ‘Jejak Pelancongan’ dan mempunyai teras dan strategi bagi setiap satunya terdiri daripada Jejak pelancongan Eko; Jejak pelancongan Agro; Jejak pelancongan Budaya, Sejarah, Seni dan Warisan; Jejak pelancongan Membeli Belah dan Makanan; serta Jejak pelancongan Sukan dan Rekreasi’.

Raja Muda dan Raja Puan Muda berangkat singgah di Istanbul selama satu malam ketika dalam perjalanan berangkat pulang ke tanahair selepas mengetuai program ‘Jelajah Imu UniMAP ke beberapa buah negara Baltik baru-baru ini. – SM

BACA Semua pihak perlu jayakan Promosi Tahun Melawat Perlis 2024-2025 – Raja Muda

(Visited 57 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button