SukanUncategorized

Badang Sarawak ceriakan kem Malaysia

Sukan Komanwel Birmingham 2022

Bonnie Bunyau Gustin mengharumkan nama negara apabila memahatkan nama selaku pemenang pingat emas keempat buat kontinjen negara di temasya Sukan Komanwel Birmingham 2022, semalam.

Atlet bergelar Badang Sarawak itu menepati ramalan apabila memenangi pingat emas dalam acara sukan powerlifting apabila melakukan angkatan 220 kilogram (kg).

Kejayaannya itu sekali gus menambah pingat emas negara kepada empat, hanya kurang dua daripada enam yang disasarkan kontinjen negara.

Bonnie bukan sahaja menghadiahkan pingat emas keempat kontinjen negara tetapi lebih manis apabila mencipta rekod baharu Sukan Komanwel dengan angkatan 220 kg yang dilakukannya itu.


Pada saingan tersebut Bonnie turut mencipta rekod temasya apabila mengumpulkan 154.6 mata selepas melakukan angkatan 210 kilogram (kg) pada sesi pertama, 216kg (kedua) dan 220kg (ketiga).

Ia juga menambah koleksi pingat kejuaraan Bonnie yang sebelum ini bergelar juara dunia sebanyak dua kali iaitu 2019 dan 2021.

Sebelum ini dia juga adalah juara powelifting pada temasya Sukan Paralimpik 2020 di Tokyo.

Kejayaan buat atlet dari Sarawak itu menebus kekecewaannya apabila sekadar berada di tempat keempat pada pada temasya yang sama di Gold Coast 2018. – SM

(Visited 14 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button