Nasional

Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia santuni rakyat Kelantan mulai hari ini

Hari ini adalah perasmian yang akan disempurnakan Perdana Menteri

Hari ini rakyat Negeri Kelantan “maghi tubik beramai-ramai” untuk bersama-sama dengan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang akan merasmikan Program Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM).

Pelbagai acara atau program diatur untuk rakyat Kelantan, sejajar dengan hasrat Kerajaan dalam usaha memantapkan lagi pendigitalan negara.

Dunia hari ini tanpa sempadan dan pengetahuan tentang pendigitalan akan membawa banyak manfaat kepada seluruh rakyat Kelantan.

PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada perasmian Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia di Kompleks Sukan Tuanku Syed Putra Kangar. – GAMBAR JABATAN PENERANGAN – GAMBAR HIASAN

Perasmian AKM akan berlangsung di Stadium Sultan Muhamamad IV bertemakan Keluarga Malaysia Keluarga Digital dan hari ini, acara AKM telahpun bermula.

ANNUAR MUSA

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa selaku penyelaras AKM Kelantan berkata, siri jelajah edisi keenam itu bertujuan membawa perkhidmatan kerajaan kepada rakyat supaya slogan Keluarga Malaysia benar-benar difahami oleh segenap lapisan masyrakat.

Annuar berkata, dianggarkan kira-kira 50,000 orang pengunjung hadir memeriahkan AKM Kelantan.

Di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM), jelas Annuar yang juga Ahli Parlimen Ketereh, terdapat tiga komponen yang akan dibawakan selaku kementerian peneraju.

“Tiga komponen itu ialah aktiviti di reruai, reruai khusus untuk perkhidmatan telekomunikasi (Karnival Digital K-KOMM@JAKM) dan program seni budaya yang dinamakan RIUH x JAKM Kelantan.

“RIUH x JAKM Kelantan menganjurkan pelbagai bengkel seni dan persembahan kebudayaan,” katanya sambil menambah, turut diadakan, Program Bicara Ulama Nusantara dan pertandingan Muay Thai antarabangsa.

Untuk makluman “set-set kita belako”, Program Bekwoh atau kenduri secara besar-besaran dengan aktiviti memasak beramai-ramai bagi meraikan kedatangan Perdana Menteri Ismail Sabri juga diadakan yang mana ini dilihat akan merapatkan lagi hubungan Keluarga Malaysia.

Selain itu, Digital Hub Ketereh turut menyediakan program dan latihan yang komprehensif untuk para pengunjung termasuk latihan penghasilan dan penyuntingan kandungan kepada golongan peniaga supaya mereka dapat mengoptimumkan jualan dalam talian dan akan diadakan di Kompleks Kemiskinan Kelantan (YKK), Melor.

PERSIAPAN di Kelantan untuk Program Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia AKM.

Menerusi Karnival Kerjaya Jamin Kerja Keluarga Malaysia, 28 majikan akan menawarkan 4,000 peluang pekerjaan.

Jelajah AKM telah diadakan di Johor, Perlis, Sabah dan Terengganu serta Perak.

Siri Jelajah AKM adalah kesinambungan kepada kejayaan dan sambutan yang memberangsangkan Program 100 Hari AKM yang diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur Disember tahun lepas dengan objektif memastikan rakyat di semua peringkat memahami dan menghayati aspirasi Keluarga Malaysia.

Bulan depan adalah bulan kemerdekaan dan sesuai AKM terus bergerak dan menjenguk rakyat dari Negeri Cik Siti Wan Kembang. – SM

(Visited 530 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button