Nasional

Bajet 2022: Skop insuran MySalam diperluas tuntutan kos peranti

Skim insurans perubatan khas untuk B40 atau MySalam diperluas tahun depan meliputi tuntutan kos peranti perubatan seperti stent untuk jantung.

Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz skim MySalam akan diperluas kepada penerima Bantuan Keluarga Malaysia.

Manfaat tuntutan kos peranti perubatan juga akan dipanjangkan kepada anak tanggungan penerima MySalam yang layak.

“Setakat 30 September 2021, mySalam sebagai skim insurans perubatan khas untuk B40 telah membayar tuntutan berkaitan hospitalisasi dan penyakit kritikal sebanyak lebih 180 juta ringgit kepada 125 ribu pesakit.

“Di samping itu, 229 ribu individu juga telah menerima pampasan disebabkan COVID-19 dengan nilai keseluruhan RM115 juta.” katanya dalam pembentangan Bajet 2022 hari ini.

Sementara itu, jumlah baucher Program Baucar Perlindungan Tenang kepada penerima bantuan B40 dipertingkatkan kepada RM75 berbanding RM50 sebelum ini.

Sebelum ini baucher itu hanya untuk membeli
produk Perlindungan Tenang termasuk takaful hayat dan kemalangan diri, namun mulai 1 Januari 2022, baucar tersebut boleh digunakan untuk membeli polisi insurans komprehensif bagi motosikal 150cc ke bawah.

“Diharapkan dengan peluasan skop perlindungan ini, kumpulan B40 terutamanya yang menunggang motosikal untuk mencari rezeki akan memperoleh manfaat daripadanya.

“Selanjutnya, Kerajaan juga bercadang untuk memberikan pengecualian duti setem kepada produk Perlindungan Tenang serta produk insurans atau takaful dengan nilai premium atau sumbangan tidak melebihi 150 ringgit bagi
individu dan 250 ringgit bagi Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana,” katanya.

Kerajaan juga memperluaskan penerima manfaat Inisiatif i-Saraan untuk turut merangkumi mereka yang berumur antara 55 sehingga 60 tahun.

Inisiatif i-Saraan dilaksanakan bagi menggalakkan pekerja sektor informal menabung untuk hari persaraan melalui caruman KWSP.

Melalui inisiatif ini, Kerajaan mencarum sebanyak 15 peratus daripada caruman sukarela yang dibuat
oleh pekerja sektor informal, terhad kepada maksimum RM250 setahun.

Sejumlah RM30 juta disediakan untuk memanfaatkan lebih 100 ribu peserta sedia ada dan baharu.

Bagi memberi perlindungan sosial kepada suri rumah dan balu melalui caruman ke KWSP dan PERKESO, Kerajaan menyediakan RM80 juta di bawah Program Kasih Suri Keluarga Malaysia khusus untuk manfaat mereka
hingga umur 55 tahun.

Sementara itu, Kerajaan turut bercadang untuk meningkatkan kadar pencen minimum di bawah
Skim Keilatan daripada RM475 kepada RM550 yang akan membantu 56 ribu isi rumah. -SM

(Visited 599 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button