Uncategorized

Babi, lembu, anjing, kucing di Pulau Pinang dikenakan caj pindah

Oleh BERNAMA

KERAJAAN Pulau Pinang akan melaksanakan caj bayaran kadar minimum Sijil Kesihatan Veterinar (SKV) dan permit pemindahan keluar/masuk semua jenis haiwan mulai 1 April ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani, Pembangunan Desa dan Kesihatan negeri, Dr Afif Bahardin berkata, pelaksanaan kadar minimum itu bertujuan memberi kesan ekonomi sama rata kepada penternak kecil dan komersial.

“Warta kerajaan Pulau Pinang bernombor 254 bertarikh 5 Jun 2008 mengandungi kadar caj perkhidmatan yang dikenakan Jabatan Perkhidmatan Veterinar ke atas SKV dan Akuan Kebenaran Pindah Keluar/Masuk (AKPK/AKPM). Bagaimanapun, kutipan untuk pengeluaran SKV dan AKPK/AKPM tidak dilaksanakan sehingga kini.

“Kita lihat kepada keadaan semasa untuk lebih adil, terutamanya dalam kalangan penternak kecil yang membayar harga sama dengan penternak komersial,” katanya pada sidang media hari ini.

(Visited 971 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button