Agama

Hadiah selawat untuk Rasulullah SAW kini cecah lebih 13 juta – World Sufi Center

Dalam tempoh dua minggu, lebih 1,500 umat Islam di Malaysia berjaya mengumpul 13,412,788 selawat sebagai hadiah untuk Baginda Rasulullah SAW.

Bagi World Sufi Center, jumlah tersebut berjaya memecah sasaran awal kempen Hadiah 1 Juta Selawat dan kini menuju ke arah Hadiah 20 Bilion Selawat.

“Hadiah 20 Bilion Selawat membuka peluang untuk umat Islam di negara lain turut serta dalam kempen ini dalam menzahirkan rasa rindu kepada Baginda Rasulullah SAW.

“Selain Malaysia, Indonesia, Bangladesh serta China merupakan negara yang dijangka terlibat untuk mencapai misi Hadiah 20 Bilion Selawat,” kata World Sufi Center.

Ujar World Sufi Center, Hadiah 20 Bilion Selawat adalah promosi digital ke arah program Zikir Perdana Sedunia 2023 yang akan berlangsung pada Oktober 2023.

“Zikir Perdana Sedunia 2023 dijadualkan berlangsung pada 13 dan 14 Oktober 2023 di Masjid Putra, Putrajaya dan satu sidang media akan diadakan mengenai perkara ini.

“Rakan NGO seperti Mampir, Akademi Watan Malaysia, Ribath Fatimah Az-Zahra, Persatuan AzZahra Malaysia menjadi penganjur bersama untuk menjayakan Zikir Perdana Sedunia 2023,” kata World Sufi Center.

Untuk menjadi salah seorang penyumbang Hadiah 1 Juta Selawat Menuju Ke Arah Hadiah 20 Bilion Selawat, klik pada pautan Google Form ini.

(Visited 157 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button