Hiburan

“Babah (Jamal Abdillah) berhenti burukkan mami,” kata Zaki Yamani

SALAH seorang anak kepada Raja Pop, Datuk Jamal Abdillah, Ahmad Zaki Yamani, 16, secara terbuka meminta bapanya itu berhenti mengeluarkan kenyataan yang memburukkan bekas isterinya, Fatimatuzahra Samad, ibu kandung Zaki Yamani.

Menggunakan alasan selepas bercerai, Fatimatuzahra tidak membenarkan Jamal menjenguk Zaki disangkal oleh remaja itu yang juga bergelar usahawan dan penyanyi.

ZAKI YAMANI mempertahankan ibunya dan meminta bapanya , Jamal Abdillah hentikan mereka-reka cerita.

Zaki turut menyangkal dakwaan Jamal (bapanya), Fatimatuzahra sebagai punca atau penyebab hubungan di antara anak dan ayah menjadi renggang.

Remaja itu bertanya kepada Jamal, di manakah beliau ketika dia memerlukan bapanya ketika dia sakit dan berada di hospital?

“Berhentilah burukkan ibu saya (mami)  dan janganlah tuduh ibu sedemikian kerana wanita itu merupakan individu yang sentiasa bersamanya pada waktu susah dan senang,” kata Zaki yang meluahkannya menerusi video yang dimuatnaik di laman sosial Instagramnya (IG).

ZAKI YAMANI semasa kecil bersama ibunya, Fatimatuzahra Samad.

Kata Zaki, sebenarnya bapanya itu boleh sahaja bertemu dengannya tetapi ia tidak menjadi kenyataan dan janji hanya tinggal janji manakala mesej di WhatsApp yang dikirim oleh Zaki kepada Jamal Abdillah, tidak berbalas.

“Jadi, berhenti burukkan ibu saya dan berhenti mereka-reka cerita tentang kemelut. Tiada siapa halang kalau nak jumpa saya.

“Tetapi babah (panggilan Zaki terhadap bapanya) yang tidak mahu berjumpa saya. Kenapa pula hendak menyalahkan mami? Cukup-cukuplah babah buat cerita macam-macam,” kata Zaki.

Isteri terkni Jamal Abdillah bersama anak bongsu pasangan ini (Anak kelima Jamal Abdillah).

Terdahulu, Jamal Abdillah menerusi laporan sebuah portal berita mendakwa dia dihalang oleh bekas isterinya itu untuk bertemu Zaki selepas bercerai.

Kata Jamal, kali terakhir dia bertemu dengan Zaki Yamani ialah pada Hari Raya Aidilfitri tahun lepas selama setengah jam di sebuah kediaman sahabatnya.

Kenyataan Jamal itu dibuat bagi menjawab kenyataan Zaki yang mendakwa, kali terakhir dia menyambut hari raya dengan bapanya ialah sekitar lapan tahun  yang lalu.

Untuk rekod, Jamal Abdillah pernah berkahwin dengan usahawan wanita, Basariah Latif tetapi berakhir dengan perceraian. Bersama Basariah atau lebih mesra dengan panggilan Dee, mereka tidak dikurniakan anak.

Anak sulung Jamal Abdillah, Osama Yamani.

Selepas bercerai kali pertama, Jamal bertemu jodoh dengan Intan Noraina Mohd Yusof dan hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Osama Yamani.

Jodoh Jamal dan Intan Noraina tidak panjang dan pasangan ini bercerai.

Isteri terkini Jamal Abdillah ialah Zai Izzati Khairuddin yang dinikahi pada 1 April 2017.

Mereka mempunyai tiga orang cahaya mata iaitu Nur Azura Yamani, 3, El Isaac Yamani, 2, dan Iskandar Rayyan Yamani, dua bulan. – SM

(Visited 3,045 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button