Hiburan

Azwan Ali tetap celupar, denda sudah dibayar

Kes hina petugas Hospital Putrajaya

MENGAKUI dirinya sebagai seorang selebriti yang berprinsip dan berpegang teguh kepada prinsip, Azwan Ali atau mahu dirinya disapa sebagai Diva AA berkata, dirinya kuat dan bersyukur serta memohon maaf kepada semua wakil media massa yang menunggu dari pagi untuk mendapatkan kenyataannya.

Walau bagaimanapun, Azwan tetap ‘celupar’ menyatakan, dia tidak boleh disentuh atau untouchable dan dia tidak rasa apa apa pun.

Permohonan maaf adalah isu yang sudahpun tular, kalau buat salah, kata Azwan, dia minta maaf dan hanya akur.

“Masuk mahkamah kena hormat judge, peguam yang ada. I apply the same thing. Ini bukan soal viral atau tak viral,” katanya yang mengakui, hidup perlu diteruskan dan kalau masuk penjara (jel) sekalipun, masuk jel lah.

Ketika ditemubual oleh sekumpulan wakil media massa di luar pintu pagar utama perkarangan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, Azwan yang ditemani peguam belanya, Amar Jit memberitahu media, denda yang dikenakan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur telah dilunaskan.

Bagaimanapun, peguam dan Azwan tidak memberitahu, berapakah diskaun bayaran.

Seperti biasa karakter Azwan, baginya jumlah denda yang dikenakan terhadap dirinya RM17,000 masih mampu dibayar.

“RM17,000, bukan RM17 juta celah kangkang mak kau,” itulah antara kata-kata Azwan di hadapan sekumpulan wakil media massa yang membuat liputan kes Azwan di luar pintu pagar perkarangan mahkamah petang ini.

“Jumlah itu tak penting. Banyak prosedur yang perlu dilalui dan perlu tunggu. Ko ingat ni beli ikan kering celah kangkang mak kau ke,” katanya.

Kata Azwan lagi: “By profesion, I’m a lawyer myself, tetapi lebih baik peguam yang kendalikan kes saya,” dakwa Azwan dan mengakui, rezekinya mencurah-curah dan tidak kisah membayar denda.

BERKAITAN:

Azwan Ali tetap celupar, denda sudah dibayar

Menjawab soalan wartawan berhubung seorang lagi selebriti yang membuat rakaman video berkaitan dengan petugas di hospital yang sama, begini jawapan Azwan:

“Seorang lagi selebriti.. tak payah nak kata, Dayangku Intan. Respect her. She is my icon. Memang betul, because of you, Diva AA terkena macam ni.

“Aku sanggup berkorban, kau mampu? Aku menjerit ni bukan sebab marah, tapi hujan, karang kau tak dengar. Aku protect Dayangku Intan. Lu sapa? Cakap banyak,” kata Azwan yang menyokong tindakan Dayangku Intan.

Menyentuh tentang Perintah Kawalan Pergerakan, Azwan mengakui, dia menyokong penuh langkah kerajaan.

“Kepada yang melilau-melilau ni, cekup. Tolong sumbat mereka dalam zoo.

“Melilau-lilau tak reti bahasa. Melilau tak tentu arah, cekup. Cuma sumbat dalam zoo. Banyak kandang kosong. Cakap banyak. Degil semua,” ujar Azwan.

Azwan bagaimanapun memohon maaf di atas penggunaan bahasa yang agak kasar.

“Biasalah. Bahasa. Nak bagi panas. Yang penting happy watching,” katanya yang menghargai wakil-wakil media massa yang sanggup tunggu dari pagi sehingga ke petang di mahkamah untuk membuat liputan kesnya hari ini.

Azwan Ali didakwa mengikut Seksyen 233 (1) (a) mencetuskan ketidakharmonian kepada umum melalui satu rakaman video yang dimuatnaik di YouTube “DIVAAATERSOHOR”.

Tindakan selebriti kontroversi seperti Azan Ali perlu dijadikan pengajaran agar masyarakat di luar sana, tidak melakukan perkara yang sama. – SM

(Visited 634 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button