PolitikPRK

Tidak rasmi: Calon BN menang besar majoriti 12,650 undi

Calon Barisan Nasional (BN), Mohd Sharim Md Zain secara tidak rasmi memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Chini.

Suruhanjaya Pilihan Raya melalui portalnya melaporkan Mohd. Sharim memperoleh majoriti 12,650 undi selepas semua 67 kotak undi sampai ke pusat penjumlahan undi.

Mohd. Sharim memperoleh 13,872 undi mengatasi dua calon Bebas iaitu Datuk Tengku Zainul Hisham Tengku Hussin (1,222 undi) dan Mohd Shukri Mohd Ramli (137 undi).

Keputusan rasmi akan diumumkan oleh SPR.

SPR memaklumkan sebanyak 74 peratus daripada 20,816 pemilih berdaftar menunaikan tanggungjawab itu di 13 pusat mengundi yang dibuka bermula 8 pagi hari ini.

PRK ini adalah PRK ke-11 selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) dan yang pertama buat Perikatan Nasional (PN) selepas mengambil alih kepimpinan negara daripada Pakatan Harapan (PH) pada Mac lalu.

PRK DUN Chini diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Seri Abu Bakar Harun, 60, pada 6 Mei lalu di Hospital Kuala Lumpur akibat serangan jantung. Abu Bakar menjadi wakil rakyat kawasan itu sejak Pilihan Raya Umum ke-11.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu, Abu Bakar menang dengan majoriti 4,622 undi selepas memperoleh 10,027 undi menewaskan calon PAS Mohd Fadhil Noor Abdul Karim yang mendapat 5,405 undi manakala Mohamad Razali Ithnain dari PKR sekadar memperoleh 1,065 undi.-SM

(Visited 163 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button