Luar Negara

‘Face mask’ bertatahkan berlian jadi tumpuan di India

NAMPAKNYA selepas pelitup muka (face mask) yang diperbuat daripada emas menjadi tular di India, muncul pula sejenis lagi pelitup muka yang menjadi tumpuan di India.

Kali ini, pelitup muka yang direka dengan meletakkan berlian pula menjadi kegilaan bagi orang berkemampuan di sana.

Rekaan pelitup muka bertatahkan berlian itu diperkenalkan oleh sebuah kedai emas di Surat, India dengan harga lingkungan RM8,000 hingga ke RM28,000.

berlian
Gambar kredit Indian Express Online

Pemilik kedai tersebut, Dipak Choksi berkata, idea untuk membuat rekaan tersebut datang setelah mereka menerima permintaan daripada seorang pelanggan yang mahu pelitup muka khas buat mereka.

“Pelanggan itu sedang merancang sebuah majlis perkahwinan dan dia meminta satu pelitup muka yang unik bagi digayakan pasangan pengantin.

berlian
Pemilik kedai emas, Dipak Choksi – kredit gambar Indian Express Online

“Saya telah meminta pereka saya untuk meletakkan emas dan berlian di pelitup muka berkenaan dan ternyata mendapat reaksi positif daripada pelanggan.

“Sejak daripada itu, kami telah membuat banyak lagi pelitup muka dengan menggunakan berlian Amerika (Cubic Zirconia) dan emas,” katanya seperti dilaporkan Gulfnews.

Menurutnya lagi, pelitup muka yang dijual itu turut menggunakan jenis kain yang mengikut spesifikasi keselamatan yang telah ditetapkan oleh kerajaan India.

BACA> 8 termasuk 2 doktor dijangkiti Covid-19 di utara Syria

Selain itu, Choksi berkata berlian itu juga boleh digunakan pelanggan untuk diletakkan ke barang kemas yang lain di masa hadapan.

“Kalau mereka sudah bosan dengan pelitup muka tersebut, kami boleh keluarkan berlian dan emas itu untuk diletakkan ke rekaan barang kemas yang lain.

“Jadi mereka tidak akan merasa rugi kerana emas dan berlian itu boleh sentiasa digunakan lagi,” jelasnya.

BACA> Populasi manusia di muka bumi akan mengecil buat kali pertama

Sementara itu, netizen di India turut memuji tindakan yang dilakukan pemilik kedai itu sebagai strategi perniagaan yang baik.

Bagi mereka, ini adalah satu daripada cara untuk mewujudkan peluang ditengah-tengah krisis ekonomi yang melanda ekoran Covid-19. -SM

(Visited 249 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button