JenayahNasional

Polis tahan suspek pekerja ladang bakar isteri

POLIS telah menahan seorang pekerja ladang yang disyaki membakar isterinya sehingga parah di sebuah kawasan di Nibong Tebal, Pulau Pinang, tengah hari tadi.

Suspek berusia 36 tahun itu ditahan sepasukan anggota kira-kira jam 12.30 tengah hari, menurut laporan Berita Harian.

Ketua Polis Seberang Perai Utara, ACP Mohd Asri Shafie berkata, suspek akan dibawa ke Mahkamah Butterworth esok untuk perintah tahanan reman.

Media sebelum ini melaporkan, seorang wanita berusia 35 tahun melecur 27% pada anggota badan selepas suaminya didakwa menyimbah petrol lalu membakar mangsa..

Kejadian berlaku pada kira-kira jam 9.30 malam Isnin lalu dipercayai berpunca daripada perselisihan faham yang membabitkan keluarga.

Mangsa telah dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk mendapatkan rawatan lanjut. – SM

BACA Pekerja ladang bakar isteri dengan petrol

(Visited 33 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button