Politik

Siapa tangan ghaib yang membatalkan jemputan rasmi Azmin ke Kongres AMK

TIMBALAN Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mendakwa wujud ‘tangan ghaib’ di belakang keputusan membatalkan jemputan beliau untuk merasmikan Kongres Nasional Angkatan Muda Keadilan (AMK).

Sehubungan itu, beliau menyerahkan kepada AMK untuk mengambil tindakan sewajarnya berhubung perkara itu.

“Saya telah terima surat jemputan dan telah menjawab akan hadir tetapi baru-baru ini telah dibatalkan. Saya yakin Ketua AMK tidak berani melakukan sesuatu tanpa ada tangan-tangan ghaib di belakang.

“Ini bukan tentang saya tetapi sebab jawatan presiden dan timbalan presiden,” katanya kepada media selepas berucap pasa Siri Forum Menteri Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) 2019 di INTAN, Bukit Kiara hari ini.

Mohamed Azmin turut mempersoalkan pembatalan jemputan itu yang dianggapnya bagi menghalang beliau daripada bersuara dalam kongres sayap parti itu.

Semalam Ketua AMK Akmal Nasrullah Mohd Nasir dilaporkan berkata keputusan untuk menjemput Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai perasmi Kongres Nasional AMK di Melaka 6 Dis ini dibuat pada mesyuarat pimpinan pusat sayap itu pada 20 Okt lepas.

Akmal Nasrullah dilapor berkata hasil mesyuarat itu telah dimaklumkan secara rasmi kepada Biro Politik Pusat yang dipengerusikan sendiri oleh Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.- BERNAMA

(Visited 57 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button