Politik

Azmin bersyukur perjuangan seminggu tubuh kerajaan baru berjaya

BEKAS Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamad Azmin Ali bersyukur kerana perjuanganya selama seminggu yang lalu untuk menubuhkan sebuah kerajaan baharu akhirnya membuahkan hasil hari ini.

Ahli Parlimen Gombak itu berkata, perjuangan beliau dan rakan-rakan yang laih dalam tempoh tersebut tidak mudah kerana berhadapan cabaran yang getir.

“Saya bersyukur kepada Allah SWT kerana perjuangan kami selama satu minggu untuk membentuk sebuah kerajaan baru telah berjaya.

“Perjuangan ini melalui saat-saat getirnya namun akhirnya kita mendapat dukungan majoriti Ahli-Ahli Dewan Rakyat untuk memilih YAB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin Haji Mohd Yassin sebagai Perdana Menteri Malaysia Ke-8.

“Kami bertekad untuk membentuk sebuah kerajaan yang berteraskan Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara,” kata Azmin.

Jelas bekas menteri kewangan itu, kerajaan baharu komited terhadap agenda nasional demi memacu kebangkitan ekonomi, menjamin kemakmuran bersama, memelihara keselamatan dan kedaulatan negara, memperkukuh perpaduan rakyat serta menjayakan reformasi institusi.

“Saya mengucapkan tahniah kepada YAB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin atas mandat yang diberi kepada beliau sebagai Perdana Menteri dan membentuk sebuah kerajaan yang baru.

“Beliau adalah seorang pemimpin yang berwibawa, berpengalaman serta berintegriti,” kata Azmin.-SM

 

(Visited 98 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button