NasionalNegeri

Kerajaan baharu Perlis sedia terima teguran – Menteri Besar

MENTERI Besar Perlis yang berucap buat pertama kali di hadapan kira-kira 1,300 penjawat awam di negeri ini dengan tangan terbuka menyatakan kesediaan beliau dan barisan Exconya untuk menerima sebarang teguran bagi memastikan agenda Perlis Baharu tercapai.

Mohd Shukri Ramli berkata, teguran ini penting supaya kerajaan baharu dibawah pimpinannya itu nanti dapat melaksanakan dasar-dasar yang telah ditetapkan dengan lancar.

Mohd Shukri pada majlis amanat dengan penjawat awam di Dewan 2020 Kangar. – Gambar Ihsan FB SUK Perlis

Katanya, bagi memantapkan kerajaan ini, peranan penjawat awam di negeri sangatlah penting di mana mereka perlu lebih berani dalam memberikan pandangan.

“Beritahu saya jika ada penjawat awam yang memberi pandangan tetapi dimarah oleh Exco terbabit,” katanya pada majlis Amanat Menteri Besar Perlis Bersama Penjawat Awam Negeri Perlis di Dewan 2020, hari ini.

Hadir sama Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Hasnol Zam Zam Ahmad dan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Rus’sele Eizan.

Penjawat awam berikrar pada majlis Amanat Menteri Besar Perlis Bersama Penjawat Awam di Dewan 2020 di Kangar. – Gambar Ihsan FB SUK Perlis.

Mohd Shukri juga mengingatkan penjawat awam supaya tidak menangguhkan tugas yang diamanahkan.

“Siapkan tugasan dengan segera di mana kalau boleh siap dua hari janganlah sampai memakan masa selama dua bulan,” katanya.

Beliau berkata, jika kerja dilaksanakan dengan pantas sudah pasti ia juga akan memberikan imej yang baik terhadap kerajaan negeri yang baharu ini. – SM

(Visited 278 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button