Politik

Azlan Man tenang dan berserah kepada Allah

“SAYA serahkan sepenuhnya kepada Allah untuk tentukan,” komen Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man sebaik selesai mengundi pada kira-kira pukul 10.22 pagi ini.

Azlan diiringi isterinya, Datin Seri Nor Aswana Omar mengundi di Pusat Mengundi Sekolah Kebangsaan (SK) Bintong di Kangar.

Azlan menunjukkan tanda bagus sebaik selesai mengundi.

Beliau adalah penyandang kerusi Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Bintong pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Azlan berkata, jenteranya telah bekerja keras bagi memastikan Barisan Nasional (BN) kekal memerintah di negeri ini.

Beliau dilihat sangat tenang dan tidak merungut walau terpaksa beratur kira-kira satu setengah jam.

Azlan dan isteri tiba di sekolah berkenaan pada pukul 8.50 pagi.

Sementara itu tinjauan Suara Merdeka selepas pukul 3 petang mendapati jumlah orang ramai yang ke pusat mengundi agak berkurangan.

Orang ramai berpusu-pusu masuk ke Pusat Mengundi di SK Bintong sebaik pagar dibuka 8 pagi.

Kata salah seorang petugas, pengundi lebih ramai di waktu pagi berbanding petang yang agak lengang.

Kemungkinan faktor hujan di sebelah petang membuatkan orang ramai memilih untuk keluar mengundi lebih awal.

Kebanyakannya melibatkan warga emas dan Orang Kurang Upaya (OKU) yang dibawa oleh anak dan waris.

Rata-rata pengundi sudah menunggu di hadapan pagar sekolah sejak pukul 7.30 pagi lagi.

Sebaik pintu pagar dibuka pukul 8 pagi, orang ramai berpusu-pusu masuk untuk segera membuat semakan di kaunter Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Kedatangan pengundi yang serentak ini menyebabkan keadaan menjadi sesak sehingga terpaksa menunggu lebih sejam sebelum berpeluang mengundi.

Pengalaman penulis sendiri, sebaiknya pengundi keluar mengundi mengikut yang dicadangkan waktu oleh SPR.

Laluan lebih mudah dan dapat mengelakkan dari beratur dalam barisan yang panjang. – SM

(Visited 321 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button