Hiburan

Tolong hormat ruang peribadi orang lain! – Faradhiya

Amboi, marah betul nampak Faradhiya bila ada yang bertanya berkenaan hal perkahwinan kepadanya.

Mungkin disebabkan faktor umur yang semakin meningkat dan rakan-rakan artis lain yang sebaya umur dengannya sudah berkahwin menjadikan Faradhiya sedikit sensitif dengan soalan tersebut.

Penyanyi lagu Bertakhta Di Hati itu menyatakan perkara tersebut di akaun Instagram miliknya bersama sekeping gambar yang berisi kenyataan berkenaan menghormati ruang peribadi orang lain.

“Daripada sibuk tanya bila saya nak kahwin, lebih baik kenalkan saya dengan lelaki yang baik, boleh?.

“Kahwin ini bukan macam hendak pilih karipap ya. Dan tolong hormat ruang peribadi orang lain,” katanya.

Faradhiya yang kini berusia 36 tahun merupakan anak bongsu daripada dua beradik dan memilik darah kacukan Melayu dan Inggeris.

Penyanyi yang mendapat tempat kedua dalam program Gegar Vaganza musim kedua ini pernah memberitahu yang dia serik untuk bercinta kerana pernah beberapa kali gagal dalam perhubungan.

Malah, dia juga berpegang dengan pesanan arwah bapanya yang memintanya supaya memilih calon yang terbaik sebelum membuat keputusan untuk berkahwin. -SM

(Visited 832 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button