Sukan

Azizulhasni minta Ziyad bersabar, realiti dunia sukan

PEMENANG pingat Olimpik negara, Datuk Mohd Azizulhasni Awang minta jaguh lontar peluru para negara, Muhammad Ziyad Zolkefli selepas pingat emas dimenanginya di Paralimpik Tokyo dibatalkan.

Legenda berbasikal trek negara itu berkata, apa yang dialami oleh Muhammad Ziyad adalah realiti dunia sukan.

Mohd Azizulhasni berkata, beliau faham perasaan Muhammad Ziyad kerana beliau pernah mengalami situai yang dihadapi jaguh lontar peluru para negara apabila pingat Emas di Sukan Komanwel New Delhi 2010 ditarik.

“Ini realiti dunia sukan. Pelbagai perkara yang diluar jangkaan boleh berlaku. Kadang-kadang ianya adalah kerana kesilapan kita, dan kadang-kadang pula boleh jadi kesilapan dari pihak lawan.

“Dan jangan terkejut jika pihak pengadilan juga melakukan kesilapan kerana ianya memang sentiasa berlaku di dalam dunia sukan ini. Mereka adalah manusia dan kita juga adalah manusia. Manusia memang tidak lari daripada membuat kesilapan.


“Ziyad, memang pahit untuk ditelan. Akan tetapi nasihat saya sebagai rakan atlet, cuba untuk terima qada’ dan qadar, jangan berputus asa dan ‘keep moving forward’.” kata Mohd. Azizulhasni.

Mohd. Azizulhasni berkata, semua yang berlaku adalah ketentuan Allah dan mungkin ada hikmah besar disebaliknya.

Beliau bagaimanapun pun berharap Malaysia membuat bantahan dan Muhammad Ziyad mendapat semula yang semanangnya berhak dimiliki olehnya.

“Kami rakyat Malaysia semua tahu yang Ziyad adalah juara yang sebenar dan pingat emas itu telah di rampas secara terang-terangan,” katanya.

Kejayaan Muhammad Ziyad meraih pingat emas ‘dirompak’ oleh protes yang dilakukan oleh kem Ukraine pada pentas final di Tokyo.

Kem Ukraine melakukan protes berikutan tiga atlet iaitu Ziyad, Todd Hodgetts (Australia) dan Jordi Patricio (Ecuador) dikatakan lewat untuk memasuki bilik menunggu sebelum pertandingan dimulakan.

Dalam acara semalam Muhammad Ziyad berjaya memecahkan rekod dunia dengan catatan 17.94 meter.-SM

 

(Visited 85 times, 1 visits today)

Show More

KHAIRULANUAR YAHAYA

Khairulanuar mempunyai pengalaman sebagai wartawan di Karangkraf, Bernama TV dan terakhir di Utusan Malaysia. Pernah membuat liputan kemanusiaan di Gaza, Pakistan, Jepun, Somalia, Lubnan dan Syria. 'Kehilangan' jurukamera, Noramfaizul ketika sama-sama bertugas di Somalia sesuatu yang tidak pernah beliau lupakan.

Related Articles

Back to top button