JenayahNasional

Panjat bonet kereta wanita, lelaki warga asing direman

PERBUATAN seorang lelaki warga asing yang tiba-tiba memanjat bonet kereta seorang wanita di simpang Jalan Imbi-Jalan Kampung Pandan pada 17 Julai lalu direman sehingga 3 Ogos ini.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi menerima laporan berhubung kejadian itu pada jam 9.02 malam, hari sama.

“Suspek berusia 32 tahun ditangkap pada jam 12 tengah hari dan direman empat hari bermula 28 Julai sehingga hari ini.

“Permohonan reman kedua diperoleh bermula tiga hari bermula 1 hingga 3 Ogos bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, hari ini.

Terdahulu Harian Metro melaporkan, mangsa, Tazliana Musa, 29, berdepan detik cemas hampir lima minit apabila bonet keretanya dipanjat oleh seorang lelaki warga asing yang tidak dikenali di Bulatan Pandan.

Kejadian berlaku pada jam 6.45 petang ketika mangsa dalam perjalanan pulang ke rumah selepas bertemu pelanggan di Kuala Lumpur. – SM

BACA Kes wanita dibunuh: Lima warga asing dan seorang lelaki tempatan ditahan

BACA Ganja: Dua lelaki asing, seorang wanita tempatan dicekup di bilik homestay

(Visited 141 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button