Nasional

Aziz Shamsuddin meninggal dunia

Bekas Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah Allahyarham Tan Sri Abdul Aziz Shamsuddin, 82 meninggal dunia malam tadi.

Dalam satu mesej, anak Allahyarham memberitahu, solat jenazan dilangsungkan di Bukit Damansara selepas solat Subuh pagi tadi.

“Namun demikian, kami mohon maaf SOP PKPB hanya mengizinkan 20 orang sahaja untuk melaksanakan solat jenazah. Jenazah akan dikebumikan di Gopeng, Perak.

“Di mohon agar kita semua dapat mendoakan buat Almarhum, semoga Allah mengampuni segala dosanya dan menempatkan rohnya di kalangan yang beriman dan para soleheen, aamiin ya rabbal alaamiin. Al-fatihah,” katanya.

Allayraham juga merupakan bekas setiausaha politik kepada bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad.-SM

(Visited 492 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button