Politik

Ahli Parlimen diberikan masa yang cukup untuk hadir mengundi

YANG Dipertua Dewan Rakyat Datuk Azhar Azizan Harun berkata, tindakan beliau menempohkan mesyuarat Dewan Rakyat selama 10 minit sebelum undian belah bahagian bagi meluluskan Rang Undang-Undang Perbekalan (Penguntukan Semula Peruntukan Belanjawan 2020) tidak perlu dijadikan isu.

Katanya, ini kerana pada 11 Ogos lalu beliau telah memasyhurkan untuk memberi masa secukupnya kepada Ahli Parlimen untuk hadir ke Dewan Rakyat ketika proses undi belah bahagian dijalankan.

Katanya, ini termasuk mengambil kira prosedur operasi standard (SOP) COVID-19 serta jarak antara blok Parlimen dan blok pentadbiran.

“Saya tak dapat feedback negatif pun (pada 11 Ogos) tetapi sayangnya apabila saya kata begitu (semalam) suara saya telah ditenggelami di dalam lautan keghairahan YB (Yang Berhormat) yang mengambil bahagian dalam undi belah bahagian.

“Oleh itu, saya harap tak timbul lagi kekeliruan seperti ini,” katanya selepas sesi soal jawab pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini seperti yang dipetik daripada BERNAMA.

Semalam, Azhar yang mempengerusikan sidang itu memerintahkan undi belah bahagian bagi Rang Undang-Undang Perbekalan (Penguntukan Semula Peruntukan Perbelanjaan) Tahun 2020 diadakan selaras Peraturan Mesyuarat 46 (4) Dewan Rakyat dan loceng dibunyikan selama dua minit.

Sebelum proses undian berlangsung, Azhar menempohkan mesyuarat Dewan Rakyat itu selama 10 minit dan meninggalkan dewan sehingga mengundang rasa tidak puas hati ahli Dewan Rakyat di blok pembangkang yang mempersoalkan tindakannya. – SM

(Visited 125 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button