Politik

Azhar nafi beri surat kerajaan hilang majoriti kepada PM

YANG Dipertua Dewan Rakyat Datuk Azhar Azizan Harun menafikan kononnya beliau telah mengeluarkan surat kepada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yassin bahawa kerajaan Perikatan Nasional telah hilang majoriti.

Azhar berkata, laporan sebuah portal yang mengatakan beliau berbuat demikian adalah tidak benar dan palsu.

“Saya merujuk kepada berita portal Suara.TV pada hari ini bertajuk – ‘Perdana Menteri Terima Surat Speaker Maklum Tiada Majoriti Mahu Bubar Parlimen’ – yang melaporkan saya sebagai Yang di-Pertua Dewan Rakyat telah memaklumkan kepada Perdana Menteri bahawa kerajaan pimpinan Perdana Menteri sudah tiada majoriti.

“Saya menafikan laporan berita tersebut dan ingin menyatakan bahawa saya tidak pernah keluarkan apa-apa surat kepada Perdana Menteri seperti yang dilaporkan. Berita tersebut adalah berita palsu,” katanya lagi.

Sementara itu, Suara TV memaklumkan, artikel yang tular menggunakan logo Suara.TV adalah palsu dan berniat jahat.

Portal berkenaan memaklumkan pihak editorialnya tidak pernah mengeluarkan artikel demikian, yang telah tular di aplikasi WhatsApp dan media sosial lain.-SM

 

(Visited 150 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button