MahkamahNasionalUncategorized

Azeez gastrik masuk PPUM-Mahkamah tangguh keputusan rayuan

MAHKAMAH Rayuan sekali lagi menangguhkan keputusan rayuan bekas pengerusi Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim bagi membatalkan pertuduhan menerima rasuah dan pengubahan wang haram.

Memetik laporan FMT, ia selepas peguam Amer Hamzah Arshad memberitahu mahkamah bahawa Ahli Parlimen Baling itu dimasukkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) pagi ini kerana masalah gastrik.

Hakim Kamaludin Md Said yang mempengerusikan panel tiga anggota menyatakan keputusan itu telah ditangguhkan berkali-kali.

“Kami tidak mempertikaikan keadaan kesihatannya tetapi kamu tidak boleh menyalahgunakan proses mahkamah,” kata Hakim Kamaludin.

Hakim lain yang turut bersidang adalah Abu Bakar Jais dan Che Mohd Ruzima Ghazali.

Amer berkata, anak guamnya tidak berniat menyalahgunakan proses mahkamah mahupun pembelaan dan mereka tidak akan meminta penangguhan selanjutnya.

Beliau mencadangkan kedua-dua pihak pendakwaan dan pembelaan kembali pada 6 September depan untuk keputusan Mahkamah Rayuan.

“Kami akan berjanji untuk memberikan MC (sijil perubatan) beliau (Azeez),” katanya.

Kamaludin kemudian memberitahu pihak pendakwaan dan pembelaan untuk datang semula pada 5 September.

“Jika tiada keputusan mengenai representasi beliau (Azeez), kami akan berpegang kepada rancangan untuk menyampaikan keputusan kami,” katanya kepada Timbalan Pendakwa Raya Ku Hayati Ku Haron mengenai representasi Azeez.

Azeez didakwa pada 2019 kerana menerima rasuah berjumlah RM5.2 juta berhubung projek jalan raya di Perak dan Kedah.

Dia juga berdepan 10 tuduhan pengubahan wang haram membabitkan sejumlah RM13.9 juta, yang didakwa diterima daripada Menuju Asas Sdn Bhd.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO itu berusaha untuk membatalkan tuduhan rasuah dan pengubahan wang haram dihadapinya, dengan mendakwa ia dilakukan dengan niat jahat. – SM

(Visited 228 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button