KemalanganNasionalNegeri

Isteri meninggal sehari selepas suami maut kemalangan

SELEPAS suaminya maut akibat kemalangan di Jalan Kampung Biau, Papar, semalam, isterinya pula dilaporkan meninggal dunia selepas bertarung nyawa hampir 20 jam di hospital.

Wanita berusia 58 tahun yang terbabit dalam kemalangan sama disahkan meninggal dunia di Hospital Papar pada jam 5 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Papar, Superintendan Kamaruddin Ambo Sakka ketika dihubungi mengesahkan perkara itu.

“Mangsa yang parah di bahagian kepala selepas terbabit dalam kemalangan dihantar ke Hospital Papar.

“Namun disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Wad Kecemasan Hospital Papar kira-kira jam 5 pagi tadi,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Kamaruddin berkata, dua anak pasangan terbabit yang berusia 20 dan 30 tahun hanya mengalami cedera ringan dan sudah dibenarkan keluar hospital.

Terdahulu, dalam kemalangan pada jam 9 pagi semalam, pemandu berusia 63 tahun disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital manakala isterinya parah.

Dua anaknya hanya mengalami cedera ringan dan menerima rawatan di hospital yang sama.

Dalam kejadian itu, semua keempat-empat mangsa yang menaiki pacuan empat roda jenis Isuzu Invader bergerak dari arah Papar.

Setiba di lokasi kejadian, sebuah lori yang bergerak dari arah bertentangan dipercayai hilang kawalan dan terbabas masuk ke lorong mangsa.

Kedua-dua kenderaan berkenaan dilaporkan bertembung sebelum terbabas ke bahu jalan. – SUMBER MY METRO – SM

BACA Bas ekspres langgar pokok di Jalan Lipis-Merapoh: 3 termasuk pemandu maut

BACA Lori ‘sauk’ motor polis serta kenderaan lain, dua maut dan tujuh cedera!

(Visited 61 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button