Nasional

Azan Maghrib awal tiga minit, puasa kariah Taman Seri Gombak terbatal

HANYA kerana kesilapan teknikal papara digital waktu azan di masjid, hampir semua kariah Masjid Al-Khairiyah Taman Seri Gombak terbatal puasa kerana berbuka 3 minit awal daripada azan Maghrib.

Nazir masjid tersebut, Wan Nawawi berkata, kesilapan itu berlaku pada hari Isnin lalu dan dia mewakili pentadbir masjid turut memohon maaf.

“Para jemaah yang bergantung semata-mata kepada laungan azan Maghrib dari Masjid Al-Khairiyah untuk berbuka puasa, sila maklum bahawa puasa Tuan/Puan telah *terbatal* pada hari tersebut dan perlu diganti/diqadha’.

“Begitulah pandangan jumhur ulama’ dari kalangan Hanafi, Maliki, Syafie dan ramai di kalangan ulama’ Hanbali menyatakan bahawa puasa tersebut batal dan wajib diqadha’.

“Para jemaah boleh ikuti syarah hukum melalui siri Bayan Linnas Siri Ke-97 Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan bertarikh 18 Jun 2017,” katanya. -SM

(Visited 2,202 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button