Politik

Ayuh kita sembuhkan negara – Mujahid

NAIB Presiden Amanah Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof Rawa mengajak rakyat untuk menyembuhkan negara daripada krisis politik.

Mujahid yang juga Ahli Parlimen Parit Buntar berkata, ketika ini negara sedang kesakitan dan rakyat pula sedang menderita akibat krisis politik.

Katanya, jika krisis pendemik Covid-19 disebabkan faktor global sebaliknya krisis politik pula adalah akibat perbuatan beberapa kerat yang demi kuasa telah mengheret negara ke kancah ketidaktentuan politik.

“Ini telah menyakiti negara yang luka dan berdarah akibat pencabulan mandat atas alasan pensejajaran politik yang direka-reka justeru mengundang risiko menggugat perpaduan nasional negara dan mengancam keutuhan demokrasi kita.

“Negara sedang kesakitan dan rakyat sedang menderita. Ayuh kita tumpukan segala kudrat dan kekuatan untuk sembuhkan negara dan pulihkan demokrasi.

“Negara menuntut semua kita berganding bahu demi mengharapkan senyuman riang bahtera meredeka untuk meneruskan perjalanannya,” kata Mujahid.

Negara kini berhadapan dengan ketidakstabilan politik berikutan perebutan untuk mengambilalih tampuk kepimpinan negara.

Belanjawan 2021 untuk negara dan rakyat yang kini sedang dibahaskan di Parlimen juga berhadapan laluan sukar untuk diluluskan apabila beberapa pihak secara terbuka menyatakan tidak akan menyokongnya.

Tiga hari lalu Presiden Amanah Mohamad Sabu berkata, kesemua ahli Parlimen Amanah sepakat untuk tidak menyokong Belanjawan 2021 yang dibentangkan kerajaan 6 November lepas.

Mohamad memaklumkan keputusan itu selari dengan ketetapan yang dibuat oleh pimpinan dalam Pakatan Harapan (PH).

“Itu kita bercakap dalam Parlimen, Ketua Pembangkang sudah cakap kalau hendak sokong mesti dipinda beberapa perkara.

“Kita, parti Pejuang pun bercakap, UMNO pun bercakap juga beberapa perkara perlu dipinda untuk dapat sokongan, kita bersama PH (tidak sokong),” katanya.

Selain itu, Mohamad Sabu berkata Belanjawan 2021 itu tidak menepati beberapa tuntutan yang dikemukakan oleh Pakatan Harapan.-SM

 

(Visited 121 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button