Hiburan

ASGV kejar rating dan trending, gimik murahan!

DUA minggu sudah berlalu dan para peserta seramai 16 orang yang berentap di atas pentas All Star Gegar Vaganza (ASGV), sebuah program realiti hiburan sudah mula membuat penyingkiran pada malam hari Ahad lalu.

Pada minggu pertama ASGV bersiaran secara langsung, ramai yang teruja dan mahu menjadi sebahagian daripada penonton di dalam Dewan MBSA, Shah Alam, Selangor sedangkan boleh sahaja menonton di rumah menerusi siaran secara langsung.

Tetapi mereka ini mahu mendapatkan lebih feel dan boleh bersorak serta menjerit khususnya para penyokong para peserta dari dalam Dewan MBSA.

Rasanya semua tahu nama-nama peserta yang bertanding dalam ASGV yang menampilkan tiga pengacara penuh pentas.

Minggu pertama yang lebih kepada minggu pembukaan atau pemanas pentas ASGV, tiga pengacara berlaga suara.

Masing-masing mahu menonjolkan ‘kekuatan’ atau aura penguasaan pentas pengacaraan yang mana, ia menimbulkan rasa bingit di telinga.

Tidak menyalahkan seorang pengacara, kebingitan yang dicetuskan itu datangnya daripada ketiga-tiga individu berkenaan.

Cuma salah seorang sahaja yang dikatakan teruk dikutuk netizen iaitu penyanyi Elly Mazlein yang menggunakan nama pentas baharu, Kak Lina Pom Pom selepas beliau tampil menjadi salah seorang peserta dalam Gegar Veganza (GV) pada musim-musim lalu.

Elly Mazlein diawal kemunculannya sebagai penyanyi mesra dengan sapaan Eein dan seorang artis yang merendah diri dan bersopan santun.

Beliau juga antara beberapa orang artis pada ketika itu iaitu era sebelum munculnya Siti Nurhaliza Taruddin (Datuk Seri) tidak banyak songeh dan bersih daripada gosip liar.

Apabila beliau tampil sebagai pengacara, memang perlu ada trademark tersendiri dan mencipta karakter Kak Lina Pom Pom adalah langkah kesinambungan Elly Mazlein untuk kekal relevan atas pentas hiburan Malaysia.

Jadi, apabila keterlaluan dirinya dikutuk dengan serangan melalui media sosial maka sebagai manusia biasa juga, sedikit sebanyak dalam hati kecilnya tersinggung.

Cuba mengubah karakter Kak Lina Pom Pom disebabkan oleh kutukan netizen terhadap dirinya, walaupun tidak adil tetapi apa usaha beliau untuk cari makan dalam bidang pengacaraan yang saban minggu, TRENDING NOMBOR SATU itu?

Sebelum mengubah karakter yang diciptanya, Elly Mazlein mengumumkan gimik yang boleh dibaca dengan jelas oleh kebanyakan wartawan hiburan.

Mana mungkin beliau tarik diri daripada mengacarakan ASGV yang sudahpun kick off dan kontrak telah pun ditandatangani.

Mana mungkin Elly Mazlein melanggar kontrak dengan Astro kerana kalau beliau melakukan breach of contract, alamatnya nak mampos kena saman!

Jadi gimik murahan kononnya Kak Lina Pom Pom tarik diri itu sememangnya boleh diteka yang mana Elly Mazlein cuba menampilkan perubahan karakter yang lebih serius, tidak mengada-ngada namun TIDAK MENJADI!

Produksi pertandingan realiti televisyen itu tidak akan berkompromi langsung dalam mengekalkan rating yang tinggi.

Lapar rating, pihak produksi bukan sahaja enggan menggugurkan salah satu nama pengacara dengan pastinya alasan adalah mahu mencetuskan kelainan tetapi turut mengekalkan tiga juri pertandingan yang sama sahaja.

Sudah tahu siapakan ketua juri dan dua lagi juri ASGV, jadi tidak perlulah sudah terang lagi bersuluh!

DATUK WAN AISHAH WAN ARIFFIN mara ke minggu seterusnya ASGV. – GAMBAR FACEBOOK

Sebelum malam kelmarin, Ahad, ada ura-ura yang membuat telahan penyanyi Datuk Aishah antara yang bakal terkeluar awal atau pusingan awal ASGV.

Yang membuat ramalan atau telahan itu seolah-olah ‘playing God’ kerana rezeki Aishah adalah atas usaha beliau yang gigih untuk membuat persembahan sebaik mungkin.

Menyampaikan lagu yang dipopularkan oleh penyanyi dari Amerika, Irene Cara berjudul What A Feeling yang dipetik daripada filem Flashdance, Aishah bukan sahaja tampil bertenaga tetapi memberikan persembahan seperti gadis remaja.

Menari dan menyanyi dengan busana yang dipakainya, nampak manis dan cantik di mata tetapi ada juga yang seolah-olah sengaja mencari kesalahan Aishah.

Takkanlah seluar terkoyak dijadikan bahan berita sensasi yang mahu dikaitkan dengan Aishah sedangkan banyak lagi sudut berita yang boleh diketengahkan dalam penulisan.

Dalam banyak-banyak shot atau gambar yang boleh dirakam oleh lensa kamera, mengapa dipilih shot yang buruk?

Sebagai wartawan hiburan, jangan ada pilih kasih atau pilih bulu dalam penulisan dan mencari sudut berita walaupun mahu memaparkan berita hiburan yang sensasi.

Jangan matikan atau patahkan semangat mana-mana peserta pertandingan kerana kalau kena pada batang hidung sendiri, kita juga tidak menggemarinya.

Pada malam Ahad lepas, dua penyingkiran dilakukan serentak iaitu Cliff Umar dan Suki Low.

Memetik sedikit kata-kata Suki Low, tersingkir kerana pasti ada kesalahan yang dilakukan dalam persembahan!

The journey stops there! Akan tetapi berada di atas pentas ASGV bagi Cliff Umar dan Suki Low umpama satu rahmat kerana untuk musim ini, pemerhati dan peminat hiburan masih mengingati dua nama ini.

Kita tunggu minggu berikutnya ASGV dan tengok, apa nak jadi! – SM

BACA Elly Mazlein sah pengganti Kak Lina Pom Pom dalam GV2023

BACA Gegar Vaganza diteruskan walaupun PKPB diumumkan

(Visited 110 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button