JenayahNasional

PDRM terima permohonan notis merah kes menantu Muhyiddin

POLIS Diraja Malaysia (PDRM) telah menerima permohonan lisan daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk mengenakan notis merah berkaitan kes melibatkan menantu kepada bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan SPRM berhubung bantuan yang diperlukan.

Muhammad Adlan – GAMBAR CARIAN DI GOOGLE

“Tindakan akan dijalankan berdasarkan maklumat yang diberikan dan permohonan notis merah yang mana kita terima secara lisan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas Majlis Serah Terima Tugas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman di Mess Pegawai Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, hari ini.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan melihat sebarang bentuk bantuan yang diperlukan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kes melibatkan menantu kepada Ahli Parlimen Pagoh itu.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, pihaknya sentiasa terbuka dalam memberikan kerjasama dalam melibatkan bantuan kepada mana-mana agensi.

SPRM akan meminta kerjasama Jabatan Imigresen bagi membekukan pasport Muhammad Adlan, menantu Muhyiddin dan seorang lagi individu kerana diperlukan bagi isu rasuah, penyelewengan berhubung projek berkaitan pendaftaran, pengambilan serta penyimpanan biometrik pekerja asing di sebuah kementerian.

Bagaimanapun, Muhammad Adlan dalam satu kenyataan melalui peguamnya, Datuk Baljit Singh Sidhu menafikan beliau lari daripada pihak berkuasa dan menyatakan akan pulang ke tanah air bagi membantu siasatan.  – SM

BACA Muhyiddin sindir Anwar Ibrahim lantik anak jadi pembantu walaupun tak bergaji!

BACA Adakah benar menantu PM pemilik majoriti saham S5 System?

(Visited 56 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button