Nasional

Sindiket judi sasar pelanggan di China tumpas

SATU sindiket perjudian yang telah beroperasi selama sebulan akhirnya tumpas selepas polis menyerbu sebuah unit pejabat di Jalan Cheras, Kuala Lumpur semalam.

Serbuan dilakukan sepasukan pegawai dan anggota polis dari Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras kira-kira pukul 8 malam.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Mohamed Mokhsein Mohamed Zon berkata, hasil pemeriksaan mendapati terdapat sebanyak 28 individu berada di dalam premis tersebut.

“Kesemua mereka sedang menjalankan aktiviti perjudian atas talian. 19 daripadanya ialah warga tempatan dan sembilan lagi warganegara China berusia 20 hingga 33 tahun.

BACA> Siasatan kes Al Jazeera: Beberapa individu telah dipanggil

“Kita juga merampas 69 buah telefon bimbit, wang tunai berjumlah RM20,000 dan beberapa peralatan komputer bertujuan untuk aktiviti perjudian itu,” katanya.

Menurut Mohamed Mokhsein, sema perhubungan di antara pelanggan dan ahli sindiket adalah melalui sebuah laman sesawang khas.

Ujarnya, sindiket juga mensasarkan pelanggan di negara China sahaja.

“19 warga tempatan telah direman selama 2 hari manakala sembilan warga China yang lain direman 14 hari,” jelasnya.

BACA> Sindiket dadah: Orang dalam PDRM jadi duri

Tambahnya, siasatan diteruskan di bawah Seksyen 4(1)(c) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63. -SM

(Visited 120 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button