Nasional

Pelajar terkesan penangguhan pendaftaran diminta hubungi Mampan – MB Pahang

MENTERI Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, para pelajar dari Pahang yang terkesan dengan arahan penangguhan pendaftaran di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) diminta hubungi Majlis Mahasiswa Anak Pahang (Mampan) bagi mendapatkan bantuan sewajarnya.

Beliau berkata, maklumat para pelajar diperlukan bagi membolehkan Kerajaan Negeri menyalurkan bantuan yang bersesuaian kepada kalangan pelajar.

“Saya minta anak-anak Pahang yang tinggal di tempat-tempat tinggal sewaan di luar kampus supaya dapat memaklumkan kedudukan mereka sama ada melalui Mampan, kepimpinan Pemuda UMNO dan Puteri UMNO Pahang atau Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) di IPTA masing-masing,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, kerajaan negeri mengambil berat isu pelajar-pelajar anak Pahang yang telah mendaftar di IPTA dan telah berada di tempat tinggal sewaan masing-masing.

Pada Jumaat lalu Kementerain Pengajian Tinggi menangguhkan pendaftaran secara fizikal dan bersemuka pelajar institusi pendidikan tinggi (IPT) bagi kemasukan Oktober 2020 dan pelajar lama kembali ke kampus susulan kebimbangan terhadap peningkatan kes Covid-19.

Menurut kementerian itu, semua urusan pendaftaran pelajar serta aspek pengajaran dan pembelajaran boleh dilaksanakan secara dalam talian sehingga pengumuman baharu mengenainya dibuat kelak. – SM

(Visited 177 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button