Jenayah

Saki baki Geng Vasu Kepong ditahan

LIMA lelaki warga asing yang juga ahli Geng Vasu Kepong ditahan polis dalam dua serbuan berasingan di Kepong, Kuala Lumpur.

Kesemua mereka yang berusia dalam lingkungan 26 sehingga 35 tahun ditahan dua premis pada kira-kira pukul 5 petang semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner, Nik Ezanee Mohd. Faisal berkata, serbuan dilakukan hasil maklumat seorang daripada suspek yang ditahan sebelum ini.

“Suspek sebelum ini juga mengaku telah menjual hasil rompakan pecah kedai iaitu sejumlah rokok.

“Hasil serbuan turut menemukan lebih kurang 350 kotak rokok pelbagai jenama,” kata Nik Ezanee dalam kenyataannya hari ini.

Tambahnya, kesemua yang ditahan relah direman selama empat hari untuk disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

Sebelum ini, SUARA MERDEKA https://suaramerdeka.com.my/aktif-samun-kedai-24-jam-geng-vasu-kepong-ditahan/ melaporkan, tujuh ahli geng Vasu Kepong yang aktif melakukan jenayah samun kedai serbaneka 24 jam dan curi kenderaan di sekitar Lembah Klang akhirnya ditahan dalam beberapa serbuan.

Serbuan pertama dilakukan kira-kira pukul 3.30 petang di kawasan parkir di lot Taman Teratai Mewah, Setapak, Kuala Lumpur dan berjaya menahan seorang lelaki.

Soal siasat terhadap suspek membawa kepada serbuan di Desa Aman Puri dan Taman Ehsan Kepong serta menahan tujuh lagi lelaki. – SM

(Visited 519 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button